suria

Anjing bijak jadi perhatian, tak kan dekati tuan nak pergi masjid! Jenis manja asyik nak berkepit, meraung disuruh jaga kebun

Anjing di pusat perlindungan haiwan yang tular di laman TikTok.

'BAGAI anjing dengan kucing' adalah pepatah Melayu popular bagi menggambarkan dua individu yang sering bertengkar.

Kata pujangga di Barat pula menyifatkan anjing sebagai haiwan peliharaan yang setia dan menjadi teman sejati tuannya.

Manakala bagi mereka yang beragama Islam, umum mengetahui anjing tergolong dalam kategori najis mughallazah iaitu najis berat, sekiranya terkena air liur atau badannya yang basah.

Bosco seekor anjing yang mesra dengan penjaganya.

Melalui satu video di TikTok, sebuah pusat perlindungan haiwan menunjukkan seekor anjing bernama Bosco yang mendapat perhatian ramai kerana personalitinya yang mencuit hati.

Pusat perlindungan haiwan tersebut, Phatcathaus, memaklumkan, antara karakter Bosco yang menarik adalah kebijaksanaannya membaca situasi.

"Bosco ni bijak, dia tahu ada masa kita tak boleh sentuh dia. Contohnya, dia tahu kita nak ke masjid, jadi dia duduk diam je dan tenung kita.

ARTIKEL BERKAITAN: Hari-hari makan sedap, badan pun sado... anjing jadi bodyguard gerai nasi lemak! Tauke tukar tapak, Doggo ‘sibuk’ ikut sekali

ARTIKEL BERKAITAN: Anjing liar lepas geram, banyak kereta jadi mangsa! Tengok corak calar, terbayang diri digigit - “Kuatnya gigi dia gigit besi”

"Kalau waktu lain, Bosco merupakan penyambut tetamu paling ceria di pusat perlindungan haiwan ni. Hilang sekejap sedih dan penat apabila disambut pulang dengan kelincahan dan keriangan Bosco.

"Ekor dia akan goyang-goyang dan apabila kita suruh duduk, Bosco akan duduk. Kemudian dia akan hulurkan kaki dia untuk salam dengan kita. Kalau nak tahu, Bosco akan terus jadi semangat apabila nampak penjaga dia.

"Lagi satu Bosco pun pandai tunjuk yang dia tengah makan, good boy betul Bosco ni," demikian perkongsian daripada Phatcathaus yang beroperasi di Johor Bahru.

Kalau saya boleh bela anjing, Bosco akan sentiasa jadi saya punya baby

WARGA MAYA

Phatcathaus turut memberitahu pengikutnya di TikTok bahawa Bosco merupakan seekor anjing sosial yang tidak boleh duduk berseorangan kerana sentiasa memerlukan peneman.

"Bosco ni satu-satunya anjing yang kita tidak boleh bela untuk letak di kebun. Dia akan meraung dan menangis sepanjang malam apabila kena berjauhan dengan penjaganya.

"Di sini, terpaksa letak Bosco dekat tangga supaya nampak ada orang lalu-lalang dan Bosco tak rasa sunyi. Selain itu, setiap malam sebelum tidur kita akan bawa dia pergi jalan-jalan dulu.

"Kepada tuan baharu yang berminat nak jaga Bosco, kita perlukan seseorang yang betul-betul boleh layan dia.

"Ada juga yang dah suarakan nak ambil Bosco tapi katanya untuk jaga kebun, jadi tak boleh, sebab Bosco jenis anjing rumah," terang Phatcathaus.

Sebahagian komen warga maya memuji Bosco.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya cair dengan kepintaran dan kecomelan Bosco.

"Macam nak bawa Bosco ikut sekali pergi masjid. Kalau dibenarkan dah lama bawa, boleh tolong jagakan selipar kita.

"Anjing adalah haiwan yang sangat pintar, aku ada bela empat ekor di kedai, mereka faham yang kita tak boleh bersentuhan, jadi mereka sendiri yang jarakkan diri dengan aku, sayang mereka sangat.

"Muka dan mata Bosco pun manja sangat nampaknya, macam meminta-minta untuk dibelai. Kalau saya boleh bela anjing, Bosco akan sentiasa jadi saya punya baby," kata beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain