BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan. Kisah seorang remaja yatim piatu yang menunggang motosikal dari Selangor ke Bangi demi menjaga neneknya yang sakit meraih perhatian ramai di Facebook. Menurut Hasrizam Asmuri, dia sempat berborak dengan remaja yang menunggang sebuah motosikal buruk itu dalam pertemuan singkat di Hentian Sungai Buloh Arah Utara, baru-baru ini. Penunggang motosikal berdepan banyak cabaran khsusunya ketika perjalanan jauh yang merentas sempadan negeri. -Gambar hiasan "Aku balik kerja, singgah di R&R. Ditakdirkan melihat seorang remaja lelaki bermotosikal uzur penuh beg pada motornya. Terdetik menegur dan bertanya arah tujuan. Lantas dia menjawab nak balik kampung. "Aku bertanya kampung mana? Sedikit lewat dia menjawab. Perlis! Tergamam sebentar sambil meneruskan perbualan. Setahu aku Bangi ke Perlis hampir 556 kilometer (KM) dan enam jam perjalanan tanpa henti dengan kereta," ujarnya. Bercerita lanjut, remaja itu berkata dia terpaksa balik ke kampung kerana tiada saudara-mara yang boleh menjaga neneknya yang sedang sakit. Sambil aku layan ride balik rumah, jiwa tersentuh lihat akhlak yatim piatu ni dengan neneknya. HASRIZAM ASMURI Lebih memilukan, remaja itu tidak sihat dan sedang demam, namun terpaksa juga menunggang motosikal kerana tiada kenderaan lain di kampung untuk memudahkan pergerakan. "Demam sikit je. Kena balik bang. Nenek sakit tak ada suadara yang jaga. Lambat (naik bas) bang. Lagi pun dari jalan besar nak masuk kampung jaraknya 15km. "Kat kampung tiada motor. Kalau penat nanti saya tidur di R&R Ipoh dan Sungai Petani," jelas pemuda itu sambil memaklumkan ibu dan bapanya juga sudah tiada untuk menjaga nenek. ARTIKEL BERKAITAN: Bapa baru meninggal, 7 anak yatim buka gerai! Kawan arwah tergerak hati singgah sebelum viral- “Aku bangga tengok depa usaha” ARTIKEL BERKAITAN: Penghuni dedah sisi gelap rumah anak yatim, pemilik hidup mewah seleweng duit derma... Jual semula pakaian sumbangan! Menurut Hasrizam lagi, dia juga melihat pelekat (sticker) pelajar pada motosikal serta keychain universiti yang digantung pada beg remaja berkenaan. Di akhir pertemuan, Hasrizam berkata dia sempat menyelitkan sedikit wang ke poket remaja itu. "Banyak lagi bicara kami, tapi aku simpan untuk muhasabah diri sendiri. Akhir pertemuan, dia sanggup cium tangan orang yang tak dikenali. Sambil aku layan ride balik rumah, jiwa tersentuh lihat akhlak yatim piatu ni dengan neneknya. "Mata aku merah, Nasib baik pakai full face orang tak nampak. Pengajarannya, memang wujud student yang tak berkemampuan. Jika ternampak rider macam ni, rajin-rajinlah tegur. Mungkin ini ujian dan peluang kita untuk beramal. Antara komen netizen di Facebook. "Semoga remaja tadi berjaya dunia akhirat dan kelak jadi perdana menteri yang baik," ujarnya lagi. Hantaran Facebook pada Selasa itu meraih lebih 22,000 tanda suka (likes) dan lebih seribu komen netizen. "Ramai pelajar macam ni. Mereka punya jiwa yang kental dan tak mengharap sangat pertolongan dari orang lain. Bagi mereka, kebahagian jika dapat selalu melihat wajah kedua orang tua mereka. "Semoga anak muda ni selamat sampai kampung, neneknya pun kembali sihat. Biar senang hatinya nak kembali belajar. "Semoga Allah melindungi adik tersebut dari segala marabahaya dan petaka," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube