suria

Letak kamera tersembunyi dalam beg anak, ibu terkejut teliti rakaman di ‘playschool’ - “Dengar dia kena marah, kena jerit”

Ibu bapa yang bekerja terpaksa menghantar anak-anak untuk dijaga di pusat asuhan. -Gambar hiasan

BAGI ibu bapa yang berkerjaya, mereka tiada pilihan selain menghantar anak-anak ke pusat asuhan atau ke rumah pengasuh persendirian.

Namun kes dera yang kerap berlaku membuatkan ramai ibu bapa mula bimbang dan berat hati untuk melepaskan anak-anak dalam jagaan orang lain.

Di laman X, seorang wanita mendedahkan dia meletakkan sebuah kamera tersembunyi di dalam beg anaknya ketika dihantar ke sebuah pusat asuhan kanak-kanak.

file6m38vcvcd7c14dwsm9nj

Wanita yang berkerjaya berada dalam situasi tersepit untuk melepaskan anak kepada pengasuh. -Gambar hiasan

Apa yang mengejutkan, dia berkata kamera itu berjaya merakam pelbagai bunyi sepanjang sesi jagaan anaknya termasuklah suara pengasuh yang sedang marah.

"Adakah salah di sisi undang-undang kalau saya letak kamera tersembunyi dalam beg anak yang kita hantar ke playschool?

"Saya hantar untuk percubaan sebelum daftarkan dia. Saya letak kamera tersembunyi sebab tak pernah hantar anak ke pengasuh atau taska.

Sekarang ni anak dah macam trauma kalau kena tinggal sendirian atau dengar orang jerit.

PENGADU

"Masa tempoh percubaan tu, boleh dengar dia kena marah, kena jerit. Semua dalam rakaman itu," dedah wanita itu menerusi hantaran X pada Khamis.

Meskipun berjaya mengumpul bukti, wanita itu berkata dia tidak tahu apa tindakan sewajarnya yang perlu dilakukan terhadap pusat asuhan berkenaan.

"Saya nak tahu, boleh ke guna rakaman itu untuk berdepan dengan guru yang marah-marah anak saya, sedangkan baru dalam fasa percubaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja taska viral lagi... Budak tengah sedap tidur, pengasuh tarik kaki sampai jatuh katil!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rasa gagal jadi ibu, hancur hati tengok anak 3 bulan luka dicakar... Terus tak percaya pengasuh!

"Anak lelaki saya baru berumur setahun empat bulan masa tu. Sebelum ini ibu saya yang haga tapi dia tak larat dah.

"Sebab tu saya nak hantar ke playschool. Tapi sekarang ni anak dah macam trauma kalau kena tinggal sendirian atau dengar orang macam jerit ke apa," luah pengadu lagi.

Tambah wanita itu, dia mahu bertindak namun risau memikirkan kesan daripada sudut undang-undang atas tindakannya yang seakan mengintip operasi di pusat jagaan berkenaan.

"Kerisauan saya adalah kalau ia salah di sisi undang-undang, takut saya pula yang kena saman ke apa sebab letak kamera tersembunyi kan?" katanya lagi.

Kids play in swimming pool and river. (23/5/2023). —AZHAR MAHFOF/The Star

Melihat anak-anak membesar depan mata adalah impian setiap ibu bapa. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, beberapa netizen memberikan beberapa cadangan buat wanita itu termasuklah menukar anaknya ke pusat jagaan lain.

"Taska wajib ada kamera litar tertutup (CCTV) kan sekarang? Tapi mak ayah tiada akses pula. Saya tak pasti sesuai ke tak untuk awak. Tapi saya bagi anak umur empat tahun pakai jam pintar. Senang nak pantau dia dan cikgu pun peka sebab saya boleh hubungi bila-bila masa.

"Entahlah, kenapa awak tak jaga sendiri masa anak umur setahun hingga lima tahun? Kemudian hantar je ke tadika. Sekarang ni banyak kes anak-anak mati atas kecuaian dan sengaja.

"Tukar taska je la. Awak pula yang kena saman nanti walaupun dia salah. Aduh aku pun terfikir nak buat benda ni juga," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain