suria

Pempengaruh Kelantan dihina ‘sek kito’ sendiri, dituduh menipu buat reviu makanan... Air terjun keruh pun dipersalahkan

Abe La dedah terima komen negatif di media sosial.

MEMILIKI ratusan ribu pengikut media sosial pastinya memberi banyak kelebihan buat mana-mana pencipta kandungan atau pempengaruh.

Namun di sebalik populariti yang diraih, golongan ini berdepan banyak cabaran termasuklah komen-komen negatif yang boleh memberi kesan terhadap mental dan emosi.

Terbaharu, pencipta kandungan (content creator) popular Kelantan, Abe La yang dikenali menerusi Facebook Senok Perut memuat naik luahan hatinya selepas menjadi mangsa kecaman segelintir individu.

abela2

Video pemuda ini sering jadi rujukan pelancong luar yang mahu berkunjung ke Kelantan.

Menurut Abe La, dia dituduh menipu apabila air terjun yang dikunjungi pengikutnya berada dalam keadaan keruh, berbeza dengan video yang dikongsi olehnya sebelum ini.

"Semakin pelik orang kita. Hari ni terpanggil nak menjawab isu terbaharu. Tuduhan kami mempromosikan tempat pelancongan yang palsu tidak benar.

"Air terjun adalah sumber air semula. Jadi, kejernihan dan warna air bergantung kepada taburan hujan. Kalau air bertukar keruh itu adalah luar kuasa kami. Itu adalah normal, kitaran sungai di Kelantan.

Jika makanan tidak kena dengan selera anda boleh terus (buat aduan) ke pemilik restoran.

ABE LA

"Semasa kami shoot memang akan pergi masa cuaca bagus. Satu lagi alatan dan teknik shooting menambahkan lagi keindahan tempat tersebut. Masalah sampah semasa anda datang bukan tugas kami untuk membersihkan," ujarnya pada Khamis.

Selain isu air terjun, Abe La yang popular dengan kandungan video makanan turut menerima kecaman apabila juadah yang dipromosikan didakwa tidak sedap dan sekadar indah khabar dari rupa.

"Pertama sekali pengikut Senok Perut tahu yang cara Abe La reviu lebih kepada food tasting dan penceritaan rasa, bukan menentukan sedap atau tidak. Semua atas mulut masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: The real influencer! TikToker beri semua ‘gift’ dapat di ‘live’ TikTok, derma separuh gaji demi bantu bayi tanpa lelangit jalani pembedahan

ARTIKEL BERKAITAN: Suami umur 62 tahun, content creator terus dihina dan disindir hamil anak ketiga - “Ingat dah tak boleh pakai lagi”

"Dan majoriti content adalah free content, bukan paid review. Semua kos makanan, perjalanan, pekerja, shooting ditanggung agensi kami, kecuali content lama-lama dulu dan luar Kelantan kami charge kos perjalanan.

"Jika makanan tidak kena dengan selera anda boleh terus (buat aduan) ke pemilik restoran. Kami hanya content creator. Tidak terlibat dengan dapur dan kedai tersebut," jelasnya lagi.

Menurut Abe La, dia tidak berniat untuk memalukan Kelantan sebagaimana dakwaan segelintir individu, sebaliknya mahu mempromosikan lagi aktiviti pelancongan di negeri itu.

abela3

Abe La popular dengan video-video reviu makanan.

"Tujuan Penubuhan Senok Perut adalah untuk mempromosikan Kelantan sahaja. Tiada niat untuk memalukan Kelantan dengan false advertising.

"Kami sekadar content creator, kami tidak terlibat langsung dengan kedai makan, air terjun, pantai mahupun apa jua content yang kami siarkan," ujarnya lagi.

Abe La turut berkongsi beberapa tangkap layar komen kecaman netizen menerusi hantarannya di Facebook pada Khamis.

Di ruangan komen, ramai pengikut menyuarakan sokongan terhadap pencipta kandungan itu dan berharap dia terus berkarya pada masa akan datang.

WhatsApp Image 2024-01-18 at 5.05.14 PM

Antara komen negatif yang diterima Abe La.

"Saya orang luar Kelantan. Plan nak jalan-jalan Kelantan, memang saya akan rujuk Facebook tuan untuk tahu mana tempat menarik.

"Memang kerja mereka mengutuk orang. Kerja kita adalah teruskan apa yang kita buat.

"Hati busuk tu. Abaikan je. Teruskan buat content Abe La," tulis netizen.

Untuk rekod, akaun TikTok Senok Perut memiliki 659,000 pengikut, manakala akaun Facebook mereka pula diikuti lebih 250,000 individu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain