suria

Label janda cerai hidup sebagai ‘toksik buangan’, lelaki teruk dikecam... Minta sedar diri kaum Adam pun banyak biawak hidup!

Status wanita bergelar janda sering dipandang serong masyarakat. -Gambar hiasan

TANGGAPAN kebanyakan orang mengenai janda tidak pernah berubah apabila mereka yang memegang status ini acap kali dihina dan dipandang rendah.

Enggan berdiam diri, seorang lelaki tampil mempertahankan wanita berstatus janda agar golongan itu tidak terus dipandang serong tanpa mengetahui kisah di sebalik apa yang berlaku.

"Dalam senarai kawan Facebook saya ni boleh dikatakan ramai juga janda. Tapi kebanyakan kes suami kaki pukul, narsisistik, biawak hidup, hidup nak macam raja tapi pemalas semua mengharapkan isteri.

Penceraian menjadi punca wanita berstatus janda semakin ramai di negara ini. -Gambar hiasan

"Kerja dia merungut isteri itu ini tapi diri sendiri haram tak menyumbang pun dalam rumah tangga. Harap tanam benih saja lepas tu semua tinggal bagi pasangan buat. Lepas tu beria 'syurga kau bawah tapak kaki aku'," demikian menurut individu berkenaan.

Individu yang menggunakan akaun Syed Ah Beng II di Facebook itu membidas pandangan pengguna media sosial lain yang menghina golongan janda.

Malah menerusi tangkap layar yang dikongsikan Syed, pengguna itu secara terbuka menyeru warga maya agar menjauhkan diri daripada wanita yang diceraikan suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita trauma! Dulu masa kecil sahabat ibu sondol bapa, kini suami pula disondol janda di tempat kerja

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tiga hari sekali mak janda hujung lorong hantar makanan kegemaran suami... Wanita tak sangka rupanya berjiran dengan madu!

"Orang tua-tua dulu bagi nasihat, kalau nak beristeri jangan cari janda yang bercerai hidup dengan suami dia. Tidak dinafikan ada kes aniaya oleh sang suami.

"Tetapi zaman ni wanita lebih banyak menganiaya suami semasa berumah tangga. Oleh itu berhati-hatilah dengan janda cerai hidup ni. Jangan kerana angau, anda buat keputusan tak bijak.

"Disebabkan dia tu toksik la suami ceraikan dia dulu. Sekarang kau pula nak kutip (janda) toksik buangan tu?" tulisnya.

Bagi Syed, setiap orang mempunyai kisah tersendiri dan tidak wajar untuk memukul rata semua wanita berstatus janda adalah sama.

Cerai hidup bukan semua ada masalah penganiayaan, kadang campur tangan orang ketiga.

WARGA MAYA

"Spesis lelaki tak guna macam ni jangan dibuat laki (suami) ya. Sejenis pukul rata ibarat janda yang cerai hidup tak layak mulakan kehidupan baru.

"Kalau kau nampak janda dan kau tahu dia cerai hidup, kau nak pegi tanya hal dalam kain dia ke? Nak korek aib dia dengan bekas suami dia ke?

"Level IQ macam suhu peti ais tapi tak apalah. Bukan semua orang dilahirkan ada akal, yang berotak memang ramai. Yang akal buat hiasan pun ramai juga," katanya.

Hantaran dibuat lelaki tersebut yang mempertahankan janda turut mendapat perhatian ramai.

Antara komen netizen.

Rata-ratanya turut bersetuju dengan apa yang diluahkan lelaki ini.

"Cerai hidup bukan semua ada masalah penganiayaan. Kadang campur tangan orang ketiga lagi-lagi keluarga pun boleh jadi. Boleh pula pukul rata macam tu.

"Asyik semua salah janda. Janda tak bau syurga sebab minta cerai. Hidup ni kau ingat semua orang tak nak bahagia ke? Suka-suka nak bercerai," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain