MEMANDU dalam kegelapan malam pastinya mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding siang hari. Banyak kemungkinan boleh berlaku, sama ada bahaya daripada jarak penglihatan yang terhad, kecuaian pengguna jalan yang lain atau pemandu terlelap (micro sleep) kerana mengantuk atau letih. Melalui satu video tular di TikTok, seorang lelaki berkongsi pengalaman mengerikan ketika memandu di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Pagoh, Johor. Keadaan hening di lebuh raya pada waktu malam boleh menimbulkan rasa gentar. -Gambar hiasan Menurutnya, kejadian berlaku sekitar jam 4.45 pagi pada Selasa apabila kenderaannya terlanggar suatu entiti berwarna hitam yang berada di tengah jalan dan detik cemas itu berjaya dirakam melalui kamera papan pemuka. Lelaki tersebut mengaitkannya dengan unsur mistik, memandangkan naratif kelibat lembaga hitam yang mengakibatkan kemalangan sememangnya popular dalam kalangan pengguna lebuh raya. "Terlanggar lembaga hitam di tengah highway pada waktu pagi. Tapi Alhamdulillah tak ada apa-apa yang buruk berlaku," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Percutian 5 sekeluarga di Semporna diselubungi misteri, lembaga ‘berambut panjang’ cuba mengelak di koridor hotel bajet... apa sebenarnya berlaku? ARTIKEL BERKAITAN: Misteri tangga tangga tepi lebuh raya terungkai, rupanya tempat ‘healing’ tersembunyi... Tapi orang lemah semangat kena hati-hati Selepas perlanggaran tersebut, lelaki itu sempat berteka-teki bersama rakannya yang duduk di sebelah tentang apakah yang dilanggar sebentar tadi. "Apa benda tadi tu? Ada barang dari kereta lain terjatuh ke? Mungkin kayu, batu atau lubang di jalan kot? "Eh bukan lubang tu aku pasti, aku yakin ada 'benda' yang kita langgar dekat belakang tadi," dua lelaki itu sedikit panik. Jangan layan geng tu kalau mereka cuba dekati kita. Mereka bukan orang baik. WARGA MAYA Menjengah ke ruangan komen, warga maya cuba mencari jawapan tentang entiti itu, dengan ada yang berkata lembaga hitam tersebut mungkin serpihan tayar lori yang meletup. "Itu tayar lori yang bunganya terkopak, saya pernah terlanggar, habis tertanggal bumper kereta saya. Lori ni kadang tayar mereka 'cikai' je sebab nak jimat kos, kita panggil tayar celup. "Hati-hati, memang ada yang sengaja khianat letak 'perangkap' supaya kereta kita rosak dan terpaksa berhenti dekat tepi. Nanti mula la geng mereka datang untuk tawarkan bantuan tapi sudah tentunya dengan caj yang mahal. Sebahagian komen warga maya. "Jangan berhenti kalau langgar benda pelik dari tol Pagoh sehingga ke jambatan kawasan rehat dan rawat (R&R). Dekat situ memang 'port' untuk mereka 'beroperasi'. Antara 'jerat' mereka adalah papan yang ada besi-besi tajam. "Kalau terkena, duduk je dekat tepi dan tunggu anggota Plus sampai. Jangan layan geng tu kalau mereka cuba dekati kita. Mereka bukan orang baik," pesan warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube