suria

‘Gay tegar’ dimandikan ustaz! Mahu bertaubat, minta dibantu putuskan hubungan songsang

Pemuda ini berjumpa perawat Islam sebagai ikhtiar untuk berubah meninggalkan amalan songsang.

SETIAP manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa, tetapi pendosa yang baik adalah mereka yang menyegerakan taubat dengan sebenar-benarnya.

Terbaharu, kisah seorang pemuda bernafsu songsang yang meluahkan hasrat untuk berubah turut meraih perhatian netizen di media sosial.

Menerusi video tular, pemuda itu bertemu dengan perawat Islam di Pusat Rawatan Al Fateh bagi meminta pertolongan untuk dia meninggalkan dosa-dosa lampau.

songsang2

Seorang pemuda terlibat dengan hubungan songsang sejak tamat persekolahan. -Gambar hiasan

Dalam pertemuan itu, dia membuka cerita tentang hubungan terlarang yang telah dijalinkannya sejak tamat persekolahan, kira-kira 15 tahun lalu.

Ketika duduk di depan perawat itu, dia mengakui terdetik untuk berubah memandangkan usianya juga semakin meningkat.

"Dah mula sejak lepas sekolah lagi, dah 15 tahun. Bermula daripada kawan-kawan, lepas tu baru kita nak mencuba.

Kita seorang diri, siapa nak jaga bila tua.

PEMUDA SONGSANG

"Lepas dah mencuba, rasa suka. Sebab dah lama sangat, nak tinggal rasa suka. Ikhtiar nak berubah sebab kita makin lama makin berumur.

"Kita seorang diri, siapa nak jaga bila tua," ujarnya yang mengenali perawat itu menerusi aplikasi TikTok.

Dalam video sama, pemuda itu turut menitipkan pesan kepada pengamal Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) agar cepat berubah demi kebaikan diri sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Kahwini lelaki gay, isteri dah 3 tahun tak disentuh cari kekuatan untuk angkat kaki - “Kalau dasar pelangi, susah nak ubah”

ARTIKEL BERKAITAN: Zakar bengkak, pemuda mengaku gay selepas sah positif HIV! Doktor terkejut 30 pasangan seksnya kemudian datang check darah

"Nasihat saya, kalau yang baru nak mula, jangan sesekali cuba. Yang dah lama tu, cubalah untuk berubah," ujarnya lagi.

Dalam sesi rawatan itu, perawat berkenaan turut memandikan pemuda itu dan memberi tunjuk ajar kepadanya untuk meninggalkan amalan songsang.

"Tak apalah, Alhamdulillah. Hari ni kita dah ruqyah, bagi mandi dan bagi amalan apa yang perlu buat untuk putuskan hubungan terlarang," ujar ustaz itu yang melakukan rawatan di Kedah.

songsang3

Antara komen netizen berhubung kisah pemuda itu.

Video yang dikongsi di TikTok pada Rabu itu meraih lebih 100,000 tontonan dan turut dihujani pelbagai komen netizen.

Malah, beberapa pengamal LGBT turut meluahkan hasrat untuk bertemu perawat itu bagi mendapatkan rawatan bagi meninggalkan amalan songsang.

"Kat mana ni? Nak pergi buat juga la. Saya dah tak larat dengan perasaan menyimpang ni.

"Tak mudah ustaz. Perasaan tu selamanya ada kecuali dengan izin Allah. Satu-satunya cara adalah istiqamah," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain