suria

Ibu merajuk anak enggan balik kampung, sayang tinggalkan kerjaya stabil! Tak jawab telefon, cuma mesej minta duit

Seorang anak buntu dengan sikap ibu yang tidak memahami situasi dirinya. -Gambar hiasan

SUDAH menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga ibu bapa, ahli keluarga atau sanak saudara lain yang sakit.

Namun, tidak bagi individu ini apabila dia memilih untuk menghantar ibunya ke pusat penjagaan orang tua-tua.

Alasannya, ibunya yang kini hidup bersendirian tidak mahu berpindah dan menetap dengannya di Cyberjaya.

"Macam mana nak hantar mak kita ke pusat orang tua? Sejak bapa meninggal, mak tinggal seorang diri dekat kampung.

Menjaga ibu yang sudah uzur merupakan tanggungjawab anak-anak. -Gambar hiasan

"Mak memang tak nak duduk dengan saya. Dia suruh berhenti kerja dan balik ke rumah dia. Cari kerja dekat kawasan (kampung) situ," katanya dalam satu hantaran di X.

Bagaimanapun, cadangan ibunya itu ditolak memandangkan dia kini selesa dengan pekerjaannya termasuklah dari segi kenaikan gaji.

Berdepan situasi ini, dia ternyata tersepit memikirkan ibunya kerana adik-beradik yang lain sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.

"Jadi memang saya seorang yang bagi duit dekat mak dan yang selalu melawat dia. Mak marah saya sebab utamakan kerja daripada dia.

ARTIKEL BERKAITAN: 8 anak hantar mak ke rumah orang tua, seorang pun tak pergi jenguk! Si ibu tak pernah burukkan zuriat sendiri hingga akhir hayat

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini dikecam buat rancangan awal nak tinggal suami di rumah orang tua-tua, siap suruh praktis naik kerusi lif!

"Saya sudah belajar bersungguh-sungguh dan dapat biasiswa. Sambil belajar, saya buat kerja sambilan. Memang bersusah payah gila. Alih-alih kena balik kampung. Saya tak nak," luahnya lagi.

Jelasnya, dia sebelum ini ada memujuk ibunya untuk tinggal bersama namun ajakan tersebut ditolak.

Malah, si ibu seolah-olah merajuk dan menunjukkan protes terhadap cadangan anaknya itu yang cuba mencari jalan penyelesaian.

"Mak saya berkeras tak nak duduk dengan saya. Lepas beritahu fasal rumah orang tua, terus dia dah tak nak bercakap dengan saya.

Saya buat macam tu dekat sekitar rumah nenek jadi masa kerja nampak jika dia perlukan pertolongan atau apa-apa.

NETIZEN

"Cuma masa nak duit je dia WhatsApp (mesej). Waktu lain memang dia tak layan. Saya hubungi pun dia tak berangkat," katanya.

Dalam hantaran sama, pengadu turut menyelitkan pertanyaan bagaimana mahu mengendalikan situasi yang dialami temasuklah memujuk ibunya tinggal di rumah orang tua-tua.

Hantaran tersebut meraih perhatian netizen yang kemudian memberikan cadangan bagi memecahkan kebuntuanya.

Salah satu cadangan adalah, pengadu boleh memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan penggera di sekitar rumahnya.

Netizen terpanggil untuk memberikan cadangan.

"Pengadu yang nak hantar mak dekat rumah orang tua. Anda boleh pasang CCTV dan peranti penggera di sekitar rumah.

"Saya buat macam tu dekat sekitar rumah nenek jadi masa kerja nampak jika dia perlukan pertolongan atau apa-apa.

"Ibarat macam rumah orang tua-tua tetapi dekat rumah dia sendiri," katanya memberikan cadangan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain