SETIAP anak pasti gembira apabila menerima hadiah daripada ibu bapa tidak kira besar atau kecil nilainya. Begitulah yang dirasai Ikram Zamri apabila menerima sebiji kek perisa tiramisu sempena hari lahirnya yang ke-20 pada 27 Januari lalu. Di sebalik kegembiraan itu, timbul rasa sebak dalam diri apabila mengenangkan bapanya, Zamri Zulkefli yang sudah berusia 62 tahun itu masih mengingati hari lahirnya dan sanggup membelikannya kek. "Biasanya abah dan mama bagi ucapan saja setiap kali hari jadi saya. Saya tak kisah pun kalau mereka tak raikan hari kelahiran saya sejak mereka berpisah (bercerai). Ikram menangis mengenangkan bapanya yang sudah tua sewaktu makan kek hari jadinya. "Tiba-tiba abah belikan saya kek tahun ni... tapi dia suruh ibu saudara untuk berikan kepada saya. Saya rasa abah segan nak buat kejutan jadi dia kirim saja. "Tapi saya tak makan kek tu pada hari jadi sebab tak sempat nak pergi ambil. Esoknya barulah saya ambil dan bawa pulang ke rumah sewa," kata pelajar kolej ini kepada mStar. Menurut anak tunggal dalam keluarga ini, dia bersama dua rakannya menjamah sepotong kek setiap seorang, kira-kira pukul 6 petang. Memandangkan kek tersebut tidak habis dimakan, Ikram menyimpan bakinya di dalam peti sejuk rumah sewanya di Meru, Ipoh, Perak. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita teruja dapat kejutan hari jadi, rupanya 'hadiah' daripada pembunuh - “Tiba-tiba terus rebah” ARTIKEL BERKAITAN: Birthday sendiri tak dapat hadiah, kakak tak cemburu tengok bapa belikan adik beg hari jadi! Wajah berubah sebaik dihulur bungkusan Ikram kemudian meneruskan rutin hariannya sebagai pelajar program Pengajian Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL).di Kolej Poly-Tech Mara, Ipoh. "Ada satu malam tu sekitar pukul 5 pagi saya tak boleh tidur jadi saya kemas peti ais. Saya ternampak kek tu jadi saya pun bawa keluar dan nak rakam video untuk post dekat media sosial. "Masa buka kotak tu saya tengok tengok suku kek tu masih ada tulisan 'Happy Birthday Ikram'. Saya sebak terbayangkan abah keluar seorang diri belikan kek. Minta tulis nama dan bagi pada saya. Lagi sedih apabila abah cakap 'tak apa kamu seorang je anak abah' masa saya cakap terima kasih dekat dia. IKRAM "Saya pun menangis teringatkan dan rindu abah bila bayangkan dia seorang dekat rumah. Padahal saya sambut hari jadi macam biasa. Mama, nenek dan mak saudara bagi hadiah juga tapi abah je belikan saya kek," ujarnya. Seperti mana dapat dilihat dalam video yang dikongsi di TikTok, Ikram yang berasal dari Batu Gajah ini terus menelefon sahabatnya sambil menangis teresak-esak. Ketika itu, dia mengakui tidak berasa lapar tetapi tetap makan juga baki kek tersebut kerana tidak mahu membuangnya. Tambahnya lagi, walaupun ketka itu dia baru sahaja berjumpa bapanya, tiba-tiba timbul rasa risau memikirkan dirinya yang sudah dimamah usia. Ikram merupakan anak tunggal dalam keluarga. "Saya sedih bila fikirkan yang abah tetap ingat hari jadi saya. Usaha abah nak berikan saya kek sebelum dia pergi kerja tu besar maknanya. Dia pula jenis pendiam tak banyak cakap jadi susah nak tunjuk sayang melalui perkataan. "Lagi sedih apabila abah cakap tak apa kamu seorang je anak abah masa saya cakap terima kasih dekat dia. Jadi makin bertambah sedih bila terkenangkan dia sewaktu saya makan kek tu pagi-pagi buta. "Saya telefon kawan baik setiap kali menangis sebab nak elakkan serangan panik dan dia terpaksa tenangkan saya masa tu," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube