suria

Wanita Rohingya cuba buka pintu pagar, nak ceroboh masuk rumah waktu malam! Bagi alasan tak logik lepas disergah!

Seorang wanita Rohingya didakwa cuba menceroboh rumah pengadu pada Rabu.

KEHADIRAN pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Malaysia sememangnya kurang disenangi ramai rakyat tempatan.

Terbaharu, seorang individu mendakwa rumahnya nyaris diceroboh oleh dua warga Rohingya dalam kejadian di Taman Jujur, Sikamat, Negeri Sembilan pada Rabu.

Berkongsi di laman X, pemilik akaun Onigirisara berkata dia dan keluarganya menyedari kejadian itu selepas pulang ke rumah, sekitar pukul 10 malam.

WhatsApp Image 2024-02-01 at 2.49.08 PM

Wanita Rohingya itu ditemani seorang lelaki yang turut membawa seorang kanak-kanak.

"Hati-hati, orang Rohingya cuba nak ceroboh rumah orang. Rabu, 31 Januari 2024 pada pukul 9.59 malam. Kami sekeluarga keluar makan dan tiada siapa di rumah.

"Ketika kami sudah sampai di depan rumah, kelihatan ada dua orang Rohingya dan mereka membawa seorang kanak kanak kecil di bakul motor dan parked di depan rumah kami.

"Perempuan Rohingya tersebut kelihatan sedang cuba membuka pintu pagar rumah kami dan lelaki rohingya tunggu di atas motor," ujarnya.

Kami tegur kenapa cuba masuk rumah kami tapi mereka hanya senyum dan berlalu pergi.

ONIGIRISARA

Tambah individu itu lagi, selepas ditegur warga asing itu memberi alasan mereka tersilap alamat dan terus berlalu pergi daripada lokasi.

"Kami tegur mereka kenapa cuba masuk rumah kami tapi mereka hanya senyum senyum dan berlalu pergi setelah tertangkap dan mengatakan mereka salah rumah.

"Kalau betul salah rumah, kenapa nak kena buka pintu pagar rumah kami dan tidak memberi salam dulu? Hati-hati guys, mereka ni makin melampau boleh suka hati masuk rumah orang, nak buat apa pun tak tahu," ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengemis Rohingya marah tak diberi duit! Minta baik-baik tak dapat, terus guna cara kasar tarik ‘handbag’

ARTIKEL BERKAITAN: Melampau Rohingya lagak samseng kutip parkir cekik darah - “Macam mana boleh jadi ‘abang kawasan’ ni?”

Individu itu turut berkongsi rakaman dascham yang memaparkan dengan jelas perbuatan warga asing berkenaan.

Dalam hantaran berasingan pada Khamis, dia turut berkongsi salinan laporan polis berhubung kejadian itu yang dibuat di Balai Polis Jalan Campbell, Seremban.

Dalam laporannya, pengadu berkata dia turut membuat pemeriksaan di rumahnya dan mendapati tidak berlaku sebarang kehilangan barang atau harta milik keluarganya.

WhatsApp Image 2024-02-01 at 2.48.44 PM

Tangkap layar rakaman dashcam yang tular di X.

Di ruangan komen, netizen turut meluahkan rasa bimbang dan berharap pihak berkuasa dapat bertindak untuk membasmi jenayah dalam kalangan warga asing.

"Minta pihak berkuasa gempur kawasan ini. Dah beranak-pinak Rohingya kat sini.

"Risaunya. Makin menjadi-jadi Rohingya ni," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain