BAGI menggalakkan anak-anak golongan B40 melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, kerajaan menyediakan pelbagai jenis bantuan. Sama ada bantuan awal pendidikan tinggi mahupun kewangan sepanjang pengajian, pelajar yang layak boleh membuat permohonan menerusi kerajaan negeri, pusat zakat, baitulmal mahupun lain-lain agensi terlibat. Bagaimanapun, seorang wanita mendedahkan bahawa bantuan tersebut bukan sahaja diberikan kepada pelajar miskin yang layak, malah golongan berstatus T20 turut mendapat manfaat. Menurutnya, dia hanya menyedari perkara tersebut ketika mengikuti program persediaan (IB) di sebuah kolej. Laptop yang berusia lebih lima tahun sukar digunakan. -Gambar hiasan The Star “Rata-rata golongan Melayu yang dapat biasiswa tajaan sebuah agensi ini adalah golongan T20, malah lebih kaya daripada itu. “Masih teringat semasa sesi pendaftaran, kebanyakan yang datang menaiki kereta mewah dan nombor plat mewah serta ada logo (pangkat) Dato'. “Mostly mereka pakai laptop Apple, sedangkan aku hanya mampu pakai laptop ayah yang yang sudah berusia lima tahun,” ujarnya memulakan cerita. Menurutnya lagi, sepanjang pengajian, dia turut disisihkan rakan sekelas kerana datang daripada keluarga yang susah. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki disaran jangan kahwin perempuan B40 adik-beradik ramai, banyak beban! - “Tak guna isteri cantik tapi menyusahkan” ARTIKEL BERKAITAN: B40 pandai beli online tak ada duit nak COD! Rider penat menapak rumah flat, parcel tak dapat serah - “Dasar menyusahkan orang” Namun baginya, apa yang berlaku tidak akan meruntuhkan semangat untuk mencapai impian belajar di luar negara. “Disisihkan oleh rakan adalah perkara biasa, tapi aku tetap teruskan belajar sebab aku nak kejar cita-cita belajar overseas. “Ada juga rakan aku anak kepada ahli politik, bukan seorang tapi berpuluh-puluh... apabila cuti semester, mereka akan melancong ke luar negara termasuk menyertai persidangan,” luahnya lagi. Melihatkan gaya hidup rakannya itu, dia meluahkan kehairanan bagaimana mereka berjaya memperoleh biasiswa. Habis, anak B40 je boleh dapat? Anak M40, T20 ayah mereka bayar cukai tengok je anak B40 dapat semua tu? WARGA MAYA Baginya, golongan tersebut mempunyai kemampuan untuk menghantar anak-anak belajar di luar negara dengan pembiayaan peribadi. Malah katanya, agensi tajaan berkenaan ditubuhkan untuk membantu golongan bumiputera yang kurang berkemampuan. “Aku tak hairan kalau terdapat golongan T20 dalam kolej tapi kalau 80 peratus terdiri daripada mereka... ini dalam batch mate aku sahaja. “Kemudian kebanyakannya terkandas untuk ke luar negara sebab markah rendah,” tambahnya di halaman TikTok. Bukan itu sahaja, dia turut mendakwa bahawa kebanyakan bangsa Melayu masih terkebelakang disebabkan hak golongan B40 telah diambil oleh mereka yang berstatus T20. Antara reaksi netizen. Dia turut mendakwa bahawa rakannya yang terdiri daripada anak seorang kerani dan berpendapatan rendah dinafikan tajaan biasiswa meskipun layak berdasarkan kriteria ditetapkan. “Rakan aku ni anak kerani, dapat 9A+ tapi tak dapat biasiswa... dia mohon pinjaman kewangan pendidikan untuk sambung belajar,” ujar wanita ini. Tambahnya, mereka memilih pinjaman pengajian bagi meneruskan pembelajaran di peringkat tinggi sekali gus terbeban dengan hutang. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan pelayar TikTok meluahkan reaksi kurang senang. Ada yang beranggapan, golongan T20 dan M40 wajar mendapatkan tajaan kerana mereka adalah penyumbang utama cukai negara. “Habis, anak B40 je boleh dapat? Anak M40, T20 ayah mereka bayar cukai tengok je anak B40 dapat semua tu? “Yang bayar cukai M40, T20... tapi sikit-sikit B40. “Kebanyakan golongan T20 ni support fasiliti sekolah,” ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube