TREND menganjurkan pelbagai majlis bagi meraikan murid dan pelajar sekolah semakin mendapat perhatian masyarakat. Bukan sahaja ibu bapa dari golongan B40 yang merintih hiba, malah para guru turut berkongsikan pandangan tentang kewajaran penganjurannya. Lantang bersuara di laman X, seorang wanita berkata, sebagai pendidik dia sebenarnya enggan menganjurkan majlis untuk pelajar seperti mana yang trending pada masa ini. Malah katanya, dia cuma mahu memberi fokus kepada akademik dan sahsiah murid semata-mata supaya dapat membantu mereka membina kerjaya pada masa hadapan. Majlis graduasi suatu masa dulu ekslusif kepada mahasiswa universiti. -Gambar hiasan The Star “Kami pun tak mahu buat. Booking venue. Buat sijil. Sewa jubah. Dobi jubah. Order catering. Buat photobooth. Print gambar sampai 300 keping. Pergi event pukul 7 pagi, kemas dan balik pukul 4 petang. “Kalau boleh kami nak mengajar saja. Mansuhkan. We'll never speak of it,” ujarnya. Dia turut berpandangan, penganjuran tersebut hanya membuatkan bebanan kerja seorang guru bertambah. Tambahan pula terdapat sekolah yang mengenakan bayaran tinggi untuk majlis graduasi seumpama itu. ARTIKEL BERKAITAN: Anjur majlis graduasi mewah, cikgu minta murid darjah 6 bayar RM140... Ramai mula mengeluh, tak mampu ikut trend ARTIKEL BERKAITAN: Sekolah buat majlis graduasi di hotel, mak ayah B40 ‘berkikis’ cari duit... Bekas AJK PIBG tegur penganjur - “Pandang dengan mata hati” “Sesetengah sekolah kenakan caj yang tinggi tetapi guru yang bersusah payah nak pastikan majlis tersebut berhasil. “Dah tambah bebanan pada tugasan yang sedia banyak ni,” luahnya lagi. Menurutnya, majlis seumpama itu hanya dapat dihentikan apabila ibu bapa hadir ke mesyuarat PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) dan bersuara menentangnya. Malah katanya, persetujuan penganjuran majlis graduasi biasanya diputuskan semasa mesyuarat tahunan PIBG. Antara reaksi warga maya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut memberi reaksi kurang senang dengan penganjuran majlis seperti itu. Tidak kurang juga yang meminta supaya majlis graduasi hanya ditetapkan kepada mahasiswa universiti. “Siapa yang bagi idea ni sebenarnya. Graduasi sepatutnya eksklusif untuk pelajar universiti sahaja. “Kita yang guru-guru ni tak mahu buat majlis graduasi... mak ayah yang beria sangat, nasihat aku senang je mak ayah tu datanglah mesyuarat PIBG. “Kenapa nak kena ada graduasi budak sekolah je pun. Mereka tak faham lagi pun pasal graduasi ni kalau tak ada siapa-siapa yang program otak mereka. “Mansuhkan, mengarut je grad budak sekolah... biar mereka berusaha belajar sampai IPT (institusi pengajian tinggi) kat sana lagi value dia punya graduasi,” ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube