suria

Pemuda enggan mengalah dengan geng tolak ‘stroller’ tunggu lif, tak layak dilayan macam OKU berkerusi roda - “Buat anak tu pilihan”

Ibu bapa sering membawa kereta sorong ketika keluar bersama anak kecil. -Gambar hiasan

IBU bapa biasanya akan menggunakan stroller atau kereta sorong ketika keluar berjalan-jalan bersama anak kecil.

Penggunaan stroller boleh memudahkan pergerakan ibu bapa, namun ia kadang-kala boleh menimbulkan masalah kepada individu lain.

Di Facebook, seorang pemuda meraih perhatian ramai apabila dia meluahkan rasa kurang senang terhadap penggunaan stroller di dalam lif.

lif2

Penggunaan stroller boleh menyempitkan ruang dalam lif. -Gambar hiasan

Malah individu itu turut membuat perbandingan antara penggunaan stroller dengan kerusi roda yang digunakan oleh orang kurang upaya (OKU).

Dalam hantaran itu, dia menempelak sikap segelintir ibu bapa yang mahu mendapat layanan istimewa ketika menggunakan lif hanya kerana mereka membawa anak kecil.

"Dia macam ni, kalau aku naik lif kosong, lepas tu sampai tingkat yang belum aku nak turun, kalau ada perempuan mengandung, ada OKU, ada orang tua, aku akan bagi laluan pada mereka.

Anak tu beban sangat ke? Kalau beban jangan buat anak.

PEMUDA FACEBOOK

"Tapi kalau ada stroller. aku biar je dia. Sebab bagi aku, anak dalam stroller tu elok je baring. Kau hanya perlu tolak stroller. Apa yang susah sangat? Ni yang bawa stroller acah lebih entitle berbanding OKU kenapa?" ujarnya.

Menurut pemuda itu lagi, anak adalah pilihan, jadi ibu bapa tidak wajar menganggap kehadiran anak sebagai satu beban.

"Anak tu beban sangat ke? Kalau beban jangan buat anak. Ada yang bandingkan orang tua tu tak entitle sebab dia pun duduk atas kerusi roda.

ARTIKEL BERKAITAN: Jemaah berhimpit dengan stroller, ruang solat makin sempit... Wanita bawa anak diminta fikir panjang, bimbang karpet dicemari najis

ARTIKEL BERKAITAN: Malas nak patah balik rumah, suami beli stroller baharu RM3,000 untuk anak... Isteri kata “nasib baik dia cerdik”, tak riyak

"Hello? Orang tua tu dia physically entitle. Kau tu sihat tubuh badan dan buat anak tu pilihan. Aku dah kata geng stroller ni memang acah entitle mengalahkan orang tua dan OKU," ujarnya lagi.

Pemuda itu membuat hantaran di laman facebook B40 Buat Apa Harini sehingga ia dihujani komen netizen dengan pendapat berbeza-beza.

"Bani stroller mana reti bahasa. Main langgar je macam tu.

lif

Jika tidak mahu berebut lif, tangga adalah alternatif yang lebih sihat untuk anda. -Gambar hiasan

"Kadang kalau kat lif, stroller habis rapat kat pintu. Orang dalam lif pula kena bagi laluan mereka masuk," tulis netizen.

Namun, ada juga netizen yang tidak setuju dengan kenyataan pemuda itu dan menganggap dia sebagai biadab dan tidak bertimbang rasa.

"Itu pandangan hang. Kalau orang judge hang sebagai orang yang tidak mempunyai nilai kemanusiaan, hang jangan melenting.

"Kau mesti mandul kan? Sebab tu panas hati dengan orang yang ada anak tak habis-habis," tegur netizen pula.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain