suria

Dulu liat bangun solat, sampai kena jerit-jerit ajak ke surau... Guru terkejut imej bekas pelajar kini berubah!

Seorang guru terharu dengan perubahan sikap bekas pelajarnya. -Gambar hiasan

PENGALAMAN tinggal di asrama pastinya menyimpan banyak memori termasuklah pelbagai ragam pelajar.

Antara kerenah yang biasa didengar adalah pelajar liat bangun pagi untuk solat berjemaah sebelum sarapan dan memulakan sesi pembelajaran di sekolah.

Seorang guru mengimbas kembali kisah salah seorang pelajarnya ketika bertugas di sebuah sekolah berasrama.

Secara kebetulan, guru berkenaan, Mohamad Yusof Sulehin bertemu dengan bekas pelajarnya itu di sebuah masjid.

“Tadi sembahyang, saya perasan ada bekas pelajar saya. Saya ingat lagi dulu punyalah liat nak solat budak ni. Lepas habis solat, dia duduk kat satu sudut.

“Saya pergi kat dia. Rupanya dia tengah duduk nak baca al-Quran. Bila dia perasan saya terus dia salam cium tangan,” tulisnya di Facebook Muhammad Yusof.

Guru berkenaan singgah di masjid untuk menunaikan solat. -Gambar hiasan

Berkesempatan untuk berbual, guru berkenaan turut bergurau dengan bekas pelajarnya yang kini menyambung pengajian di sebuah universiti.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru bersangka buruk tengok budak tak doa, zikir selepas solat! Terus muhasabah diri dapat tahu hakikat ibadatnya A+++

ARTIKEL BERKAITAN: Guru belajar sesuatu selepas kena ‘tazkirah’ dengan murid sebab berlengah bantu kucing! Pagi ‘terbang’ RM120, malam dapat RM1,200

“Saja saya melawak ‘dulu punyalah susah nak kejut awak Subuh, masa Maghrib pula puas saya jerit-jerit nak suruh geng awak turun surau.

“Dia senyum ‘dulu tak matang lagi cikgu. Bila dah masuk universiti ni baru saya tersedar, betullah apa yang cikgu selalu pesan kat saya, jagalah solat. Alhamdulillah rasa tenang cikgu bila dah solat’,” katanya yang mengimbas kembali perbualan tersebut.

Walaupun pesanan tu biasa je pada kita, dia jadikan benda yang kita pesan tu sebagai landasan hidup dia.

MOHAMAD YUSOF SULEHIN

Perubahan pelajar berkenaan ternyata memberi kesan mendalam buat Mohamad Yusof, sekali gus membuatkan dia berasa begitu kagum.

Dia sama sekali tidak menyangka pesanan yang diberikannya sebelum ini kepada bekas pelajarnya itu benar-benar membuahkan hasil.

Seorang pemuda membaca al-Quran di satu sudut. -Gambar hiasan/The Star

“Allahuakbar, terharu betul saya. Walaupun pesanan tu biasa je pada kita dan mungkin masa dia sekolah, dia buat acuh tak acuh dengan kita tapi bila budak tu capai tahap matang dia, dia jadikan benda yang kita pesan tu sebagai landasan hidup dia.

“Alhamdulillah, harap ada lah saham kat sana buat saya dan buat semua cikgu-cikgu satu Malaysia yang tak pernah penat mengajar,” katanya lagi.

Untuk rekod, Mohamad Yusof merupakan penerima Anugerah Kebangsaan Ikon Warden Asrama Harian Terbaik Peringkat Kebangsaan sempena Simposium Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan 2021.

Di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan perubahan bekas pelajar itu, selain memuji usaha guru berkenaan menegur anak didik demi kebaikan.

“Semoga anak murid cikgu ni menjadi orang yang berjaya kelak.

“Alhamdulillah, semoga semangat cikgu terus bersemarak untuk menegur perkara yang baik. Semoga cikgu berjaya dunia akhirat,” komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain