suria

Mahu isteri tutup aurat, jadi wanita muslimah... Tapi suami kantoi kemaruk ‘follow’ perempuan seksi tak cukup kain!

Penyalahgunaan media sosial boleh mengundang masalah. -Gambar hiasan

MEMERIKSA telefon pasangan adalah lumrah bagi kaum wanita terutama mereka yang mempunyai sifat syak wasangka.

Tambahan pula perasaan ingin tahu sangat tinggi apabila melihat sikap pasangan yang gemar berahsia dan menunjukkan tingkah laku mencurigakan.

Seperti wanita ini, dia meluahkan rasa kecewa apabila melihat sejarah carian suaminya di media sosial adalah perempuan jelita dan seksi.

Wanita gemar memeriksa telefon pasangan masing-masing. -Gambar hiasan The Star/Faihan Ghani

Wanita gemar memeriksa telefon pasangan masing-masing. -Gambar hiasan The Star/Faihan Ghani

Bukan itu sahaja, dia mendapati senarai akaun diikuti (following) juga adalah dalam kalangan wanita seksi.

“Kalau nak follow perempuan yang big influencers atau selebriti dan kawan-kawan dia tak apalah. No problem!

“Yang tak okay apabila follow perempuan tak cukup kain... apa sebabnya?” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Khayal dalam pujian, gadis bertudung jadi pemuas nafsu lelaki secara online - “Aku dah mula post gambar pakai bra”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami galak tengok akaun FB wanita seksi, isteri ‘insecure’ terpaksa makan pil nak dapat ‘aset’ serupa

Tambah wanita itu lagi, dia semakin hairan kerana kebanyakan lelaki yang bersikap demikian akan mencari pasangan yang menutup aurat.

Follow perempuan-perempuan seksi tapi suruh pasangan bertutup, kena pakai tudung, baju besar dan bagi alasan ‘I tahu mata lelaki macam mana’.

“Memanglah sebab kau pun salah seorang daripada lelaki macam tu! Kau pun tengok perempuan macam tu,” tambahnya lagi.

Nampak lelaki follow perempuan tak cukup kain tu faham-fahamlah... redflag.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan komen, terdapat segelintir pelayar media sosial yang menyatakan ia adalah perkara normal dalam kalangan lelaki.

Malah bagi mereka, perbuatan tersebut adalah sekadar untuk mengisi masa lapang dan bukanlah bertujuan untuk curang.

"Bagi saya jika pasangan anda nak buat benda bukan-bukan atau curang, mereka tak perlu tunjuk siapa yang diikuti. Kalau tak follow siapa-siapa dan post gambar kau berlambak pun dia boleh curang atau buat benda bukan-bukan.

Pelayar wanita memberikan reaksi kurang senang.

Pelayar wanita memberikan reaksi kurang senang.

“Apa motif follow perempuan sexy? Cuba la jangan tunjuk sangat ciri-ciri lelaki tak guna tu since following tu orang boleh buka check.

“Bekas kekasih saya ada dua profil Instagram dan dia tak sedar saya dah tahu. Akaun pertama okay je tapi yang kedua tu semua ada, paling geram dia buat profile gambar anak perempuan... motif apa profile budak follow perempuan aset besar terjojol.

Anyway nampak lelaki follow perempuan tak cukup kain tu faham-fahamlah... redflag. Lelaki macam tu biasanya bodoh,” ujar beberapa warga maya.

Golongan wanita juga turut meninggalkan reaksi kurang senang dan bimbang sekiranya mendapat pasangan yang mempunyai sikap seperti itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain