suria

Baru setahun kahwin isteri asyik minta cerai, lari rumah mak! Suami disaran bersabar, itu cara orang perempuan gaduh

Tolak ansur dan saling memahami sangat penting dalam kehidupan berumah tangga. -Gambar hiasan

PASANGAN yang baru mendirikan rumah tangga sering dinasihatkan tentang dugaan alam perkahwinan.

Ada yang berpandangan lima tahun pertama usia sesebuah perkahwinan adalah tempoh yang paling mencabar kerana suami isteri berdepan pelbagai jenis konflik rumah tangga termasuk masalah kewangan.

Namun sebenarnya, ujian dan cabaran itulah membuatkan seseorang dapat mengenali diri pasangan masing-masing.

Seperti dialami lelaki ini, rumah tangganya diuji dengan sikap pasangan yang gemar minta cerai dan pulang ke rumah orang tua.

Umat Islam dianjurkan untuk berdoa dan memohon bantuan Allah. -Gambar hiasan

Umat Islam dianjurkan untuk berdoa dan memohon bantuan Allah. -Gambar hiasan

Berkongsi cerita, dia yang baru setahun lebih mendirikan rumah tangga mengakui bergaduh dengan isterinya yang masih dalam pantang sehingga ahli keluarga mentuanya datang menjemput.

“Saya telah menghubungi isteri dan dia kata akan menfailkan fasakh. Saya ketika ini ada masalah kewangan sedikit dan telah berkongsi sewa rumah dengan isteri sejak beberapa bulan dan kadang-kadang dia membeli barang keperluan.

“Saya hanya menggunakan simpanan dan gaji saya untuk cover perbelanjaan bulanan dengan kewangan saya yang tak stabil.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri solehah, imej ala ustazah pun boleh berubah! Dah malas solat berjemaah, rupanya tengah angau dengan laki lain

ARTIKEL BERKAITAN: Suami bahagia dapat kahwin cikgu, tiap-tiap bulan isteri ‘cover’ duit belanja... Paling untung disuruh tanggung keluarga bercuti!

“Kos majlis perkahwinan sebelum ini 100 peratus menggunakan duit saya dan saya ada membuat caruman hibah untuk dia,” ujarnya.

Menurutnya lagi, demi kebahagiaan isteri, dia sanggup memgorbankan permit kerja dan tidak berhijrah ke luar negara.

Malah katanya, segala kerja rumah dilakukannya sendiri tanpa membebankan isteri.

Perempuan kalau time gaduh minta cerai tu biasa tuan, akan keluar ayat yang sangat menyakitkan hati

WARGA MAYA

“Dia pernah lari dari rumah ketika kami bergaduh dalam WhatsApp sebelum ini. Semua kerja rumah saya settle seperti basuh baju, kemas rumah, beli barang dapur dan sebagainya.

“Cuma saya diuji dengan masalah kewangan sudah setahun. Saya sayangkan hubungan rumah tangga dan anak kami,” kongsinya lagi.

Cabaran kewangan, masalah kerja dan rumah tangga yang dialami membuatkan lelaki ini disahkan mengalami tekanan.

Katanya, ia berdasarkan ujian saringan minda sihat (DASS) yang dilakukan baru-baru ini.

Netizen turut memberikan kata-kata nasihat padanya.

Netizen turut memberikan kata-kata nasihat padanya.

Perkongsian yang dibuat di laman Facebook itu membuatkan warga maya tampil memberikan pandangan masing-masing.

Malah kebanyakannya menyatakan permintaan cerai adalah perkara biasa yang akan dituturkan golongan wanita apabila pertengkaran berlaku.

“Perempuan kalau time gaduh minta cerai tu biasa tuan, akan keluar ayat yang sangat menyakitkan hati kita, dalam rumah tangga perlu ada pengorbanan, kesabaran dan kita sebagai suami... Allah bagi kita kekuatan untuk menghadapi masalah ini.

“Baru setahun berkahwin, sangat normal... fasa menyesuaikan diri. Dah lebih 15 tahun nanti barulah boleh jadi BFF (kawan baik).

“Kau relaks je, orang perempuan kalau gaduh memang macam tu. Buat masa ni jangan duduk sekali, saya sarankan pergi pejabat agama jumpa dengan pakar motivasi. InsyaAllah dia akan bantu selesaikan... ego kena turunkan.

“Semoga dipermudahkan urusan saudara suami isteri... lima tahun pertama memang complicated (rumit),” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain