suria

Pelanggan buat perangai sepahkan tauge atas meja, mahu ‘ajar’ peniaga cuai ambil pesanan - “Lain kali dengar betul-betul”

Ada segelintir pelanggan yang tidak suka tauge dimasukkan dalam makanan mereka.

RAGAM pelanggan merupakan antara cabaran utama yang perlu dihadapi oleh golongan peniaga.

Ada pelanggan yang datang membawa kegembiraan, namun ada juga yang boleh membuatkan para peniaga pening kepala.

Terbaharu, kisah pelanggan yang biadab terhadap seorang peniaga makanan meraih perhatian ramai selepas ia dikongsi di Facebook.

Pelanggan boleh membuat aduan kepada peniaga sekiranya tidak berpuas hati dengan makanan yang disediakan.

Pelanggan boleh membuat aduan kepada peniaga sekiranya tidak berpuas hati dengan makanan yang disediakan. -Gambar hiasan

Menerusi foto yang dimuat naik, kelihatan sisa-sisa mi goreng serta tauge disepahkan di atas meja di sebuah kedai makan.

Menurut pelanggan itu, dia bertindak menyepahkann sisa makanan kerana mahu memberi pengajaran kepada peniaga berkenaan.

“Biasanya saya akan suruh masak semula. Tapi sebab dengan stall makanan tu, bisnes pun sendu pelanggan tiada, ini tanda protes.

Kau bersihkanlah meja tu kak, lain kali dengar betul-betul... no tauge means no tauge.

PELANGGAN

“Kau bersihkanlah meja tu kak. Lain kali dengar betul-betul. No tauge means no tauge.

“Dah cakap elok-elok dengan tukang ambil order. Tapi tukang masak pelupa ke tukang ambil order tak dengar.

“Gerai Melayu tak pakai chopstick, sisih guna garpu memang melekat macam ni,” tulis pelanggan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali kena aniaya, peniaga terus ‘blocked’ pelanggan biadab! Suka hati suruh COD Thai salad roll hari lain

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan beri reviu buruk... Admin restoran dilihat cepat koyak, sama naik lawan kutuk - “Tak beradab, haram datang kedai kami”

Pelanggan lelaki itu membuat perkongsian berkenaan menerusi sebuah group Facebook sebelum ia ditularkan oleh page JJCM Kedah.

“Buruk perangai. Customer not always right.

“Budak umur dua tahun pun reti asing tauge elok-elok.

“Jenis tak ada adab ni,” tulis beberapa netizen di Facebook.

Ramadan bazaars are bustling markets that open during the holy month of Ramadan in many Muslim-majority countries. They are famous for their diverse array of delicious foods and drinks that are sold from small stalls or carts. Hawkers who run these stalls work tirelessly to prepare and serve food while also taking care of their children who often accompany them. It's a common sight to see busy mothers and fathers feeding and playing with their kids while managing the crowds and cooking up mouth-watering delicacies. Despite the challenges, Ramadan bazaars continue to be a beloved tradition that brings communities together in celebration and reflection during this holy month. ( MAC 27 2023) — ART CHEN/The Star

Setiap pelanggan ada ragamnya yang tersendiri. -Gambar hiasan

Namun, ada juga yang menyokong pelanggan itu dan berharap peniaga lebih peka ketika menyediakan makanan mengikut permintaan spesifik pelanggan.

“Memang patut, kau rosakkan mood orang nak makan. Sebagai pengajaran, kadang-kadang dia (peniaga) tak nak layan, bukan pelupa.

“Kadang tukang masak ni saja tak nak buat yang customer order. Aku selalu kena. Apabila suruh tukar dia marah, jeling siap perli konon aku cerewet.

“Kadang kita order untuk anak. Tak nak sayur, tak nak pedas. Sekali sampai pedas nak mampus,” ujar netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain