suria

7 tahun jaga anak angkat, lesap sekelip mata ‘dirampas’ ibu kandung yang juga kawan sendiri!

Kes membabitkan perebutan anak angkat antara keluarga kandung dan penjaga lazim berlaku. -Gambar hiasan

HANCUR hati seorang wanita apabila bayi yang dijaga dan ditatang bertahun-tahun dengan penuh kasih sayang tiba-tiba dirampas daripada jagaannya.

Berkongsi luahan menerusi satu hantaran di Facebook, wanita yang tidak mendedahkan identiti itu berkata, meskipun hanyalah berstatus anak angkat, namun dia sudah menganggap anak kecil tersebut seperti anak kandungnya sendiri apatah lagi sudah tujuh tahun mereka bersama.

"Tujuh tahun dulu kawan saya menyerahkan anaknya kepada saya ketika usia anak itu empat bulan. Pada 19 Januari lalu, dia telah mengambil anaknya daripada jagaan saya ketika anak itu di sekolah.

"Dan dia membuat satu covering report setelah ambil anak tu. Dalam report dia cuma cakap dia ambil anak kandung dia dan tak nak ada apa-apa masalah daripada pihak saya.

"Gelap gelita dunia saya, pagi saya peluk cium anak tu, tiba-tiba tak balik rumah saya dah," luahnya.

Apa yang membuatkan dia bertambah terkilan, rakannya itu memutuskan terus hubungan antara dia dan anak angkatnya.

Marriages break for various reasons and it is crucial that parents ensure minimal impact on children in the event of a divorce. — 123rf.com

Emosi anak akan terjejas disebabkan isu perebutan hak penjagaan antara pihak yang terlibat. -Gambar hiasan

"Budak tu menangis nak balik tapi suami barunya tak benarkan. Si ibu seakan nak serahkan kembali tapi terlalu takutkan si suami.

"Alasan kawan saya, dia kata dia tak nak saya dapat masalah jika dia serahkan anak tu semula sebab suami dia bekas polis," luahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Dicemuh kerana ‘binti Abdullah’, rakan mulut celupar melawak isu anak angkat - “Mak ayah kandung kau lepak underground ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: Anak angkat lalui kisah tragis! Dipukul, dipanggil babi... dah besar si ibu paksa buat loan rumah ganti rugi pelihara sejak kecil

Dia turut melahirkan kerisauan untuk pihaknya mendapatkan kembali hak penjagaan ke atas kanak-kanak tersebut, memandangkan tiada dokumen lengkap ketika serahan dilakukan tujuh tahun lalu.

Saman saja, minta kos tujuh tahun jaga dan kos mental fizikal semua.

NETIZEN

"Semasa serahan dulu ibunya sekadar menulis tangan surat serahan tetapi tiada yang rasmi dari segi undang-undang. Adakah peluang untuk saya dapatkan anak itu semula setelah tujuh tahun saya menjaganya?

"Dah tiga hari saya tak keruan, tak tenteram, tak lalu makan... hanya meratap rindukan dia. Dari kecil, sakit serta sekolah tadika sehingga ke darjah satu, segala-galanya saya yang uruskan.

"Bapa tiri berhak atau tidak ke atas anak itu selain ibunya? Sekiranya ibu kandung menyerahkan kembali, boleh ke bapa tiri membuat laporan apa-apa terhadap saya?

"Harap ada peguam yang sudi memberi pandangan dalam hal ini," luahnya lagi menerusi hantaran yang dikongsikan di laman grup Facebook Peguam & Pengguna Malaysia (PPM).

Perkongsian wanita tersebut meraih simpati ramai yang seolah-olah turut merasai kesedihannya.

komen

Antara komen netizen terhadap perkongsian kisah wanita berkenaan.

Dalam pada itu, rata-rata netizen mencadangkan wanita berkenaan agar mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan keadilan.

"Boleh cuba tuntut ganti rugi jaga anak tu selama tujuh tahun, awak mesti ada bukti, kira segala kos. Bukan nak berkira tapi nak ajar sikit keluarga kandung dia.

"Boleh buat report balas, bawa isu ini kepada lawyer untuk saman dan tuntutan ganti rugi. Untuk menuntut hak jagaan agak sukar tapi puan boleh buat covering report jika risau akan keselamatan anak memandangkan banyak kes ibu kandung ambil dan anak jadi mangsa dera.

"Saman saja, minta kos tujuh tahun jaga dan kos mental fizikal semua," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain