suria

Ibu serah kad bank selepas pinjam 8K dari syarikat pinjaman wang berlesen, 3 tahun berlalu masih ada tunggakan 22K

Ramai individu terjebak dengan Syarikat Pinjaman Wang Berlesen mahupun ah long. -Gambar hiasan

SYARIKAT pinjaman wang berlesen sememangnya terkenal dengan ‘kelicikan’ mendapatkan keuntungan daripada perniagaan yang dijalankan.

Modus operandi mereka juga berbeza dengan ah long yang sering menggertak, mengancam serta merosakkan barangan penghutang.

Begitulah pendedahan seorang wanita apabila ibunya membuat pinjaman sebanyak RM8,000 daripada syarikat pinjaman wang berlesen pada 2018.

Menurutnya, meskipun pinjaman dibuat berjumlah RM8,000 namun wang yang diperoleh hanyalah RM7,050.

“Syarikat menolak bayaran pemprosesan terlebih dahulu sebelum memberikan duit.

Kad perbankan adalah hak milik peribadi. -Gambar hiasan

Kad perbankan adalah hak milik peribadi. -Gambar hiasan

“Mak juga perlu menyerahkan kad perbankan kepada syarikat tersebut bagi menjelaskan bayaran pinjaman sepanjang tempoh yang dijadualkan.

“Duit Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) mak akan masuk dalam kad tersebut sebanyak RM370 setiap bulan,” ujarnya memulakan cerita.

Sepanjang tempoh pembayaran, pihak syarikat terbabit akan mengeluarkan sendiri duit daripada akaun ibunya.

Malah katanya, bermula hari pinjaman sehinggalah Disember 2021, dianggarkan jumlah ‘pembayaran’ adalah melebihi RM13,000.

Susulan itu, ibunya beranggapan jumlah pinjaman yang dibayar telah mencukupi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda lega terlepas cengkaman hutang Ah Long, punca pinjam sebab nak move on putus cinta... kini bina hidup baharu

ARTIKEL BERKAITAN: Peminjam tak bayar hutang, ah long ‘amuk’ simbah cat merah rumah jiran-jiran! Ugut bakar kediaman

“Mak terus membuat penukaran kad kerana dia rasakan dah langsai. Lebih kurang dua tahun berlalu, tiada apa-apa gangguan sehingga tahun lepas mereka hantar tuntutan bahawa ada baki RM5,000 lagi.

“Seminggu kemudian mereka hantar surat tuntutan sekali lagi yang menyatakan jumlah sebenar sebanyak RM22,000 dan suruh abaikan surat yang sebelumya,” luahnya.

Pada masa sama, ibunya turut menerima writ saman dan tarikh naik mahkamah ialah 30 Januari lalu.

Bagaimanapun, sehari sebelum perjumpaan di mahkamah, seorang peguam dan tiga anggota polis datang ke rumah ibunya.

“Mereka minta supaya mak tidak pergi mahkamah sebaliknya terus berjumpa dengan mereka di pejabat.

Elok print out statement dan tengok semua jumlah potongan kemudian lapor KPKT.

WARGA MAYA

“Disebabkan takut, saya dan mak pergi mahkamah di Bangi (Selangor) pada 2 Februari untuk pastikan dokumen yang diberikan adalah sah.

“Pihak pendaftar kemudiannya memberikan tarikh baru untuk hadir pada 14 Februari iaitu e-review pengurusan kes,” tambahnya lagi.

Buntu dengan situasi yang melanda, wanita ini menyatakan pinjaman tersebut dibuat ibunya tanpa pengetahuan anak-anak.

Malah mereka hanya menyedari selepas pihak peguam hadir ke rumah menyerahkan writ saman.

“Mak ibu tunggal dan dia tidak tahu membaca atau menulis... jadi semasa proses pinjaman, dia hanya tandatangan borang yang diberikan dengan jumlah RM8,000.

Warga maya tampil memberi cadangan masing-masing.

Warga maya tampil memberi cadangan masing-masing.

“Apabila kami hubungi peguam, jumlah pinjaman adalah RM15,000 tetapi individu yang bawa mak pula sahkan mak hanya menerima RM7,050 sahaja selepas tolak bayaran pengurusan,” ujarnya.

Meluahkan situasi yang dialami di laman Facebook, wanita ini turut mengharapkan pandangan dan cadangan bagi menguruskan masalah yang dihadapi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mengesyaki kad perbankan tersebut digunakan oleh pekerja syarikat pinjaman kewangan tanpa membuat bayaran seperti dijadualkan.

“Sepatutnya dua tahun mereka pegang kad dah habis hutang tu... jangan-jangan staf mereka main duit dan bulanan tiada masuk (bayaran). Bunga (faedah) jalan sampai begitu banyak tunggak.

“Yang datang tu ejen kutip hutang, mereka tak akan berani bawa ke mahkamah. Elok print out statement dan tengok semua jumlah potongan kemudian lapor KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

“Minta borang J dari syarikat tersebut. Setiap pinjaman wajib ada borang J barulah sah untuk dimatikan setem... kalau tak dapat borang J tu makna kata pinjaman tak sah,” ujar beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain