suria

Keluarga buat isteri macam ‘bank’, adik ipar pula ‘kaki pau’! Suami B40 tak mampu halang, kerja siang malam - “Satu sen pun aku tak sentuh”

Menjadi tugas seorang suami untuk menyara anak dan isteri. -Gambar hiasan

SEBAGAI seorang kakak atau abang yang telah bekerja, tidak menjadi masalah untuk kita membantu adik-adik yang sedang melanjutkan pengajian atau masih bersekolah.

Namun, lain pula ceritanya di Facebook apabila seorang lelaki mendedahkan isterinya dijadikan sebagai 'bank' oleh adik-beradik serta ahli keluarga yang lain.

Lelaki itu mendakwa sikap adik iparnya yang suka meminta-minta bukan hanya berlaku ketika zaman belajar, malah berlarutan ke alam pekerjaan.

A young rider for delivery on work. Story on GIG Work. — FAIHAN GHANI/The Star

Ada lelaki yang terpaksa bekerja sambilan sebagai rider untuk menampung kehidupan. -Gambar hiasan

"Adik ipar aku baru mula bekerja lepas tamat universiti. Waktu belajar dulu sentiasa 'pau' akak dia yang merangkap bini aku. Ingatkan lepas kerja, kegiatan tu berkuranglah, sekali sama je.

"Kerja jawatan degree, starting basic dah sedap tapi masih 'pau' si akak dia. Bila tanya ke mana gaji? Tak nak cerita. Mengejutkan aku baru-baru ni, smartphone yang dia pakai bernilai RM6,000 lebih. Smart watch pula harga ribuan ringgit. Baru mula kerja kot.

"Peliknya family mentua react seolah-olah benda tu normal. Bini aku pun merelakan diri dia kena 'pau' oleh adik-adik dan mak ayah dia. Kiranya dia bekerja semata-mata untuk sara mereka je," ujarnya.

Aku penat weh. Kerja macam robot siang malam. Bini tak respect.

SUAMI B40

Menurut lelaki itu, dia sendiri berdepan kekangan kewangan sehingga terpaksa bekerja sambilan sebagai rider untuk menambah pendapatan demi menyara keluarga.

"Walhal kalau bini aku turut arahan jadi suri rumah, aku dah boleh jimat banyak bab upah mengasuh dan belanja makan harian. Bukan tak tegur, tapi jenis degil tak dengar cakap.

"Aku sedar aku tiada hak bab income bini, satu sen pun aku tak sentuh. Tapi beragak la sama. Income aku B40 kot. Bila buat part time jadi rider, bising laki tak spend masa dengan family.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis rela hati kongsi ‘50-50’ perbelanjaan rumah tangga, asalkan suami setia... Natizen kata tak rasional, kahwin dulu baru cakap!

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin 100 hari, wanita dicerai gara-gara suami tawar hati... Akhirnya abang ipar buka rahsia, tapi dah terlambat

"Bila spend masa, minta keluar jalan-jalan dan makan mahal-mahal. Order macam-macam, tapi makan tak habis pun. Dia tak rasa dah bukan dia yang tanggung semua tu," ujarnya lagi.

Dalam hantaran sama, lelaki itu meluahkan rasa penat kerana terpaksa bekerja siang malam, namun keluhan itu tidak pernah difahami oleh isterinya sendiri.

"Aku penat weh. Kerja macam robot siang malam. Bini tak respect. Yang nak kecam isteri cerminan suami, sebelum nikah, memang perempuan jahil tak beragama ke?

"Dah tua ni dia ibarat buluh dah weh, bukan senang nak lentur lagi. Aku penat. Sekadar luahan lelaki B40 loser," luah lelaki itu.

Story on educate student/secondary school how to using sosial media correctly.

Isteri yang boros pastinya akan membuatkan suami pening kepala. -Gambar hiasan

Perkongsiannya di Facebook meraih 1,500 tanda suka (likes) dan turut dihujani pelbagai komen netizen.

"Kau tak loser. Cuma kau tak cukup 'singa' (tegas) je sampai bini ambil peluang ketuk kepala kau.

"Bincang dan tahan selagi boleh. Kalau sudah tak boleh, cerai dan hantar dia balik kepada keluarga dia.

"Payah dengan kes ipar, mak ayah mentua. Betul orang cakap. Kita kahwin bukan dengan pasangan je, tapi dengan family dia sekali.

"Jangan sampai jatuh dayus bang. Mula-mula tegur tak jalan, asing tempat tidur. Tak jalan juga, duduk asing. Kalau masih tak jalan, ceraikan saja," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain