suria

Netizen Malaysia bertelagah demi apam balik... Berang influencer New York ‘claim’ berasal dari China

Video reviu makanan oleh wanita itu meraih perhatian rakyat Malaysia.

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Seorang pencipta kandungan dari New York, Amerika Syarikat dikecam segelintir netizen selepas dia menerbitkan sebuah video reviu tentang makanan Malaysia.

Menerusi video yang dikongsi, wanita itu berkata makanan popular iaitu apam balik berasal dari China manakala jeli kelapa pandan pula merupakan produk dari Thailand.

reviu1

Wanita itu sempat mencuba beberapa jenis makanan ketika berkunjung ke sebuah pasar malam.

"Pertama adalah jeli kepala pandan. Bergelatin dan rasa seperti vanila dan kelapa, berasal dari Thailand.

"Crepe sosej telur dalam balutan nipis dan sosejnya lebih kenyal dan lebih manis berbanding kebiasaan, dari Taiwan.

"Apam balik yang nipis dan rangup seperti lempeng taco mini dengan inti berbeza, juga dari China dan begitu popular di Malaysia," ujar wanita itu.

Niat saya bukanlah untuk mengatakan Malaysia tidak mempunyai keaslian, tetapi untuk menonjolkan campuran budaya di Malaysia.

PENCIPTA KANDUNGAN LUAR NEGARA

Tambahnya, menu telur dadar tiram yang dibeli olehnya di sebuah gerai di pasar malam itu juga berasal dari China.

"Makanan jalanan menggambarkan aspek kepelbagaian budaya Malaysia... sebab itu makanan jalanan Malaysia istimewa.

"Ini kerana ia menghimpunkan semua item dari serata Asia, sedangkan negara Asia yang lain biasanya ada makanan mereka sendiri sahaja," ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Mat salih jatuh cinta dengan burger tepi jalan... Selamba duduk atas simen makan panas-panas, siap bagi rating 9/10!

ARTIKEL BERKAITAN: Lain macam selera minah salih! Ketagihan... mahu lebih banyak petai dalam hidangan Malaysia

Beberapa netizen dari Malaysia dilihat meninggalkan komen di laman Instagram wanita itu dan meluahkan rasa kurang setuju terhadap dakwaan yang dibuat.

"Celah mana apam balik dari China?

"Dekat mana la dia Google. Suka hati je claim," tulis netizen.

Namun ada juga netizen Malaysia yang menyokong wanita itu kerana hasil carian di Google menunjukkan apam balik sebenarnya memang berasal dari China.

"Apam balik memang dari Fujian, China. Dibawa ke Malaysia oleh orang Cina.

"Apam tersebar luar di seluruh Asia Tenggara. Setiap negara ada versi apam mereka. Lain negara, lain nama dan cara masakan," ujar beberapa netizen lagi.

Cita Rasa Nusantara Mahsuri Courtyard 1001 appealing dishes.(02/04/2019/S.S.KANESAN/The Star)

Apam balik merupakan menu yang digemari ramai rakyat Malaysia. -Gambar hiasan

Malah semakan juga mendapati Wikipedia menyebut apam balik berasal dari Fujian, China yang mana menu itu mungkin diperkenalkan oleh imigran Cina Hokkien pada awal abad ke-19 ketika mereka datang ke Malaysia dan negara lain di rantau Asia Tenggara.

Dalam penjelasannya di ruangan komen, pencipta kandungan itu berkata dia langsung tidak berniat untuk merendah-rendahkan makanan tempatan sebaliknya hanya bercerita tentang keunikan budaya di Malaysia.

"Niat saya bukanlah untuk mengatakan Malaysia tidak mempunyai keaslian, tetapi untuk menonjolkan campuran budaya di Malaysia. Memandangkan sejarah perdagangannya yang kaya dan kompleks, Malaysia menonjol dengan kepelbagaian budayanya.

"Mempunyai asal-usul dari negara lain tidak mengurangkan identiti Malaysia, sebaliknya, ia menambah kelainan dan keunikan pada makanan, menjadikan Malaysia sebagai negara yang tersendiri.

"Bagi saya, amat mengagumkan Malaysia boleh mengintegrasikan pelbagai pengaruh budaya dengan lancar sambil mengekalkan identitinya sendiri. Malaysia juga mempunyai makanan mereka yang luar biasa," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain