suria

Menjelang raya peniaga jual baju, kain berasingan! Dahsyat ‘buat duit’, harga bukan calang-calang - “Siapa punya idea ni?”

Baju raya merupakan keutamaan bagi kebanyakan wanita untuk melaram di Aidilfiti. -Gambar hiasan

PASTI ramai yang sudah mula membeli baju raya untuk tahun ini memandangkan Aidilfitri akan disambut tidak lama lagi.

Namun, sikap sesetengah peniaga pakaian perempuan yang menjual baju dan kain (skirt) secara berasingan menjadi topik hangat sejak kebelakangan ini.

Menerusi laman TikTok, symmsfa membuat luahan perasaan, berbicara tentang topik ini dan memberikan pendapatnya.

Tangkap layar video yang tular.

"Saya nak tanya siapa yang mulakan idea baju raya dengan skirt lain harga?

"Sudahlah kalau baju RM50, skirtnya RM50... tak apa la juga. Ni bajunya RM251, skirtnya RM340.

"Tak ke naya kami sebagai pembeli?" ujarnya mempertikaikan sistem jualan sesetengah peniaga baju raya perempuan.

Menurut wanita ini, jualan secara berasingan tersebut nyata membebankan pembeli memandangkan harga ditetapkan ada kalanya begitu 'melampau'.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak melaram 1 Syawal, gadis sanggup ke Jakarta beli baju raya di 2 ‘syurga shopping’! Murah, berbaloi ‘terbang’ jauh

ARTIKEL BERKAITAN: Melepas baju raya RM1! Orang ramai ‘merusuh’ demi pakaian murah, butik terkenal di Shah Alam terpaksa henti jualan

Malah, jika kita membeli jenama pakaian tertentu, jumlah harga gabungan baju serta kain adakalanya membolehkan dua pasang baju raya dibeli.

"Kalau kami nak beli design lain skirtnya, pandailah kami beli sendiri kain lebih.

"Ni pandai-pandai pula dia pergi asingkan. Sakit juga hati ni ye," katanya lagi meluahkan pendapat.

Video yang dikongsikan meraih lebih 1.1 juta jumlah tontonan setelah dimuat naik di TikTok.

Geram tengok tak tahu mana datang idea macam tu.

NETIZEN

Rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman membeli baju raya dengan memilih pakaian jauh lebih murah.

"Mereka yang T20 akan hadir dengan komen 'anda bukan target market mereka'.

"Geram tengok tak tahu mana datang idea macam tu. Silap-silap nanti ramai peniaga buat macam tu.

"Sepanjang 25 tahun hidup tak pernah lagi pakai baju raya lebih RM100. Paling mahal pun RM60 hingga RM70. Semua cantik-cantik dan tahan lama.

Komen netizen pada isu dibangkitkan.

Selain itu, ada juga beberapa netizen yang memahami kenapa baju dan kain dijual secara berasingan kepada pelanggan.

Mereka berpandangan cara itu membolehkan pelanggan memilih baju dan kain daripada saiz berbeza memandangkan badan setiap manusia tidak sama bentuk dan saiz.

"Ada je orang yang kadang badan muat saiz S (small) tapi punggung ke bawah saiz M (medium). Itu yang jual asing tu jadi boleh beli campur mengikut saiz," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain