SETIAP wanita yang bakal berkahwin berharap majlis pernikahan akan berlangsung dengan baik dan diwalikan oleh bapa sendiri. Bagaimanapun dugaan setiap individu berbeza, seperti mana wanita ini yang tidak mendapat kerjasama daripada bapanya sendiri. Berkongsi cerita, dia mengakui bapanya membuat ‘drama’ semasa dia ingin mendapatkan tandatangan bagi permohonan wakalah wali. “Mula-mula dia hantar adik dan mak tiri aku untuk jumpa dengan keluarga tunang aku di rumah mereka semata-mata nak tuduh aku bagi nasi kangkang. Pelbagai perkara perlu dilakukan lebih awal sebelum majlis kahwin. “Keluarga tunang aku tu duduk 300km (kilometer) dari rumah kami tau,” ujarnya memulakan cerita. Mengetahui langkah tersebut tidak membuahkan hasil, bapanya kemudian mengugut untuk tidak menandatangani borang wakalah wali jika tidak menerima duit hantaran terlebih dahulu. Menurutnya, sebelum ini kedua-dua belah keluarga telah bersetuju untuk memberikan separuh lagi wang hantaran selepas akad nikah. “Sehari sebelum kami pergi sign borang wakalah wali, tiba-tiba ayah minta duit hantaran sepenuhnya dikreditkan dalam akaun dia, hanya 24 jam sahaja dia berikan. ARTIKEL BERKAITAN: Kekok walau ayah sendiri! Sayu momen anak malu bersemuka bapa di mahkamah, bekas isteri selalu tunjuk foto elak ‘lupa wali’ ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin tak marahkan bapa, reda ditakdirkan nikah guna wakil wali... guna duit sendiri buat majlis RM40,000 “Sedangkan sebelum ni dah setuju nak bagi separuh selepas akad nikah. Kemudian dia cakap, duit hantaran tersebut adalah hak dia kerana telah membesarkan aku dan terpulang sama ada nak bagi untuk majlis atau tidak,” luahnya sayu. Mengimbau kembali kenangan pahit itu dua tahun lalu, ujar wanita ini, bapanya tidak menyerahkan duit hantaran tersebut untuk kegunaan majlis perkahwinan. Justeru dia terpaksa mengeluarkan duit simpanan sendiri selain mendapat bantuan daripada saudara mara sebelah ibunya. “Masa tu semester akhir program ijazah... tapi aku memang dah kerja keras setiap cuti semester untuk simpan duit. Majlis kahwin aku pun sangat-sangat limited dan hanya 100 orang sahaja yang dijemput sebab kekangan bajet. No wonder my kenalan cakap mas kahwin kena bagi banyak sebab memang mas kahwin tu hak si isteri je. WARGA MAYA “Mak aku meninggal dunia masa umur aku 14 tahun, dia sakit di CCU (Unit Rawatan Rapi Kardiologi) dan ayah bawa balik rumah. “Dia decided cabut oksigen dan mak pun meninggal dunia beberapa minit kemudian... semua harta mak diambil ayah. “Saya pernah pergi Perkeso nak minta duit mak untuk terus masuk dalam akaun tapi pegawai tu cakap biarlah masuk akaun ayah, dia ayah awak,” imbaunya lagi. Malah katanya, ungkapan sama iaitu 'dia ayah awak' turut diterima semasa dia mengadu di pejabat agama tentang borang nikah yang disembunyikan bapa. Antara reaksi warga maya. Meskipun berdepan dengan pelbagai dugaan dari remaja sehingga dewasa, wanita ini menzahirkan syukur kerana dapat menikmati hidup bahagia di samping keluarga mentua yang baik. Luahan hatinya itu dikongsikan seorang pelayar X sehingga mengundang simpati warga maya. Rata-ratanya berharap terdapat undang-undang yang dapat memudahkan urusan seseorang anak apabila ibu mahupun bapanya enggan memberi kerjasama. “Anon mungkin tak tahu pasal kes wali enggan tapi untuk perempuan yang bakal berkahwin tapi bapa sebodoh ini, awak boleh failkan kes wali enggan, it takes more than 21 days tapi berbaloi daripada hadap bapa gila duit. “Apabila tengok pasal hantaran tu, no wonder my kenalan cakap mas kahwin kena bagi banyak sebab memang mas kahwin tu hak si isteri je. “Calon-calon ayah terbiar di hospital atau tepi jalan dan anak-anak tak ambil tahu kemudian hari. Semoga ayahnya sedar diri dan bertaubat,” ujar beberapa warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube