suria

Penyewa tak bayar bil elektrik lebih RM3,000, beri alasan 'deal' dengan staf TNB... Tuan rumah sedih tengok rumah

Keadaan rumah sewa ditinggalkan penyewa.

LULUH hati seorang pemilik melihat keadaan kediamannya yang teruk setelah ditinggalkan penyewa.

Menurut pemilik yang tidak mendedahkan identiti dirinya, dia terpaksa 'mengusir' keluarga tersebut apabila mendapati tunggakan bil elektrik melebihi RM3,000.

"Saya buntu, dapat penyewa neraka! Bil elektrik tertunggak RM3,040, baru selesai RM2,500," ujarnya.

Menurut individu tersebut, penyewa memberikan alasan bil elektriknya tinggi dengan mengaitkan seorang rakannya yang bekerja di Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Antara foto ditunjukkan pemilik keadaan rumah yang disewakan.

Bukan itu sahaja, penyewa juga tidak membayar sewa rumah selama dua bulan.

"Apabila ditanya, macam mana boleh tertunggak sampai beribu, penyewa beritahu dia 'deal' dengan orang (pekerja) TNB yang merupakan kawan dia.

"Sewa tak bayar dua bulan dengan alasan tolak deposit (penyewa tak ikut kontrak)," ujarnya lagi.

Turut dikongsikan bersama adalah beberapa keping foto menunjukkan keadaan rumah yang rosak setelah disewakan selama satu tahun enam bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar IPT buruk perangai, rumah sewa jadi pusat sampah... Penyewa nak pitam jumpa ‘bong’ syabu, seluar dalam reput atas lantai!

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mudah jadi owner rumah sewa! Duit ‘terbang’ selepas penyewa pengotor pindah keluar, kos repair cecah RM6,000

Terdapat longgokan pakaian penyewa di hadapan kediaman selepas mereka menerima notis keluar rumah.

Bukan itu sahaja, di bahagian dapur dapat dilihat kerosakan seperti kabinet terkopak serta periuk yang tidak dicuci ditinggalkan di bawah singki.

"Rumah banyak rosak angkara penyewa... apa perlu saya buat? Satu tahun setengah kontrak. Perbaharui setahun sekali. Saya duduk jauh dari rumah disewakan.

"Bila tengok keadaan rumah saya minta dia keluar. Lagipun kontrak sudah lama habis. Dia degil mulanya tak nak keluar.

Jangan terkejut, memang ada orang boleh duduk dalam sampah. Dalam keadaan kotor.

NETIZEN

"Penyewa tinggal berkeluarga dengan anak empat orang. Mula-mula duduk okay. Tapi lepas tu bil tak berbayar. Tengok dekat aplikasi bil berjumlah RM3,040," ujarnya menjawab beberapa komen netizen.

Jika diteliti ruangan komen, ada juga netizen memberikan cadangan berhubung langkah yang boleh diambil oleh pemilik yang memberi sewa rumah mereka.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman berdepan situasi sama.

Komen netizen pada hantaran di Facebook.

"Sayangnya rumah tu cantik sebenarnya. Tenant warga asing ke? Tak ada orang perempuan ke?

"Jangan terkejut, memang ada orang boleh duduk dalam sampah. Dalam keadaan kotor. Sikap manusia. Dia rasa rumah tu bukan dia punya. Siapa-siapa ada rumah sewa rajin-rajinlah jenguk keadaan rumah anda ye.

"Buat laporan pada ibu pejabat TNB. Beritahu ada pekerja pecah amanah. Sertakan bukti-bukti. Yang selebihnya laporkan pada polis dan bawa kes ke mahkamah untuk dapatkan bayaran tertunggak," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain