suria

Suami berani naik tangan pukul isteri, depan mak ayah uzur pun pernah! Wanita akhirnya fail cerai tunjuk bukti badan lebam-lebam

Kebanyakan wanita memfailkan penceraian di mahkamah selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga. -Gambar hiasan The Star

SETIAP pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengidamkan sebuah kehidupan berkeluarga yang bahagia, barakah dan harmoni.

Lebih indah lagi apabila masing-masing saling berusaha untuk melengkapkan segala kekurangan dan memanfaatkan kelebihan antara satu sama lain.

Namun kadang kala perbalahan atau pergaduhan pastinya tercetus disebabkan perbezaan pandangan dan sebagainya.

Begitulah yang dialami wanita ini sepanjang tempoh perkahwinannya.

Konflik rumah tangga yang berlaku membuatkan pasangan suami isteri memilih penceraian. -Gambar hiasan The Star

Konflik rumah tangga yang berlaku membuatkan pasangan suami isteri memilih penceraian. -Gambar hiasan The Star

Malah dia tidak menyangka ikatan yang terjalin atas dasar cinta akan menyebabkan dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Bimbang situasi lebih buruk berlaku, dia nekad untuk memutuskan hubungan dan berpisah dengan suami meskipun mempunyai seorang cahaya mata.

Kisah kehidupan wanita tersebut kemudiannya diceritakan semula oleh seorang pelayar X yang bersimpati dengan nasib dialami kakaknya sendiri.

“Perkara ini berlaku pada kakak aku. Dia pergi jabatan agama nak tuntut cerai, dengan muka dan tangan penuh kesan lebam... tapi mereka (staf jabatan agama) minta dia pergi kaunseling.

“Bekas suami dia pernah pukul kakak depan mak dan ayah kami yang uzur,” dakwa wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “HIV bukan jijik pun” - Persediaan dah buat, wanita buntu nak batal atau teruskan nikah jika bakal suami tak lepas ujian saringan

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ‘tangkap’ suami kantoi bertandang rumah janda kawan pejabat... Foto kereta di laman ‘X’ jadi bukti!

Disebabkan ingin meneruskan penceraian dan tidak rela melalui proses kaunseling dan sebagainya, kakaknya terus ke mahkamah syariah bagi memfailkan permohonan.

Bagaimanapun, proses tersebut mengambil masa yang lama disebabkan pihak lelaki tidak memberi kerjasama dengan baik.

“Dia pergi naik turun mahkamah tuntut cerai. Itu pun lama juga sebab pihak lelaki tak beri kerjasama.

Orang Islam nak cerai pegi mahkamah syariah... jika ke jabatan agama memanglah disyorkan kaunseling.

WARGA MAYA

“Terima kasih akak kerani mahkamah syariah sebab bantu ajar kakak tuntut cerai. Dia yang nasihatkan jangan tuntut fasakh sebab prosesnya lagi lama dan complicated.

“Jadi kakak failkan penceraian sahaja. Tiga kali panggil ke mahkamah tak datang, terus jatuh talak,” tambahnya lagi.

Menurut pelayar ini lagi, kakaknya kini hidup bahagia bersama anaknya dan menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian warga maya.

Rata-rata bersimpati dengan nasib yang diterima dan berkongsikan tip serta kaedah yang boleh dilakukan para isteri teraniaya.

“Kakak awak bertuah sebab mempunyai sistem sokongan yang bagus. Perempuan di sekeliling saya semuanya asyik kena pujuk untuk reda dan maafkan suami. Just imagine asyik dengar benda merepek ni tapi tak boleh buat apa sebab anak masih kecil.

“Sama macam mak saya dan dengan saya sekali lebam, minta fasakh tak jalan langsung sampailah ayah meninggal. Pertama kali datang mereka marah dan salahkan my mom, kali kedua datang dengan pakcik... itu pun payah. Nak report balai, polis kata hal rumah tangga dia tak layan.

“Kes saya berlarutan sehingga dua tahun lebih... nak jatuh talak ni banyak prosedur dia perlu lalui.

“Orang Islam nak cerai pegi mahkamah syariah. Jika ke jabatan agama, memanglah disyorkan kaunseling. Jabatan agama tak urus penceraian,” ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain