suria

Wanita sedih tengok kawan-kawan jadi pengantin, aurat ‘auto’ tak penting - “Bersanding je tudung mesti atas dada”

Seorang wanita sedih melihat rakannya memakai tudung singkat ketika berkahwin. -Gambar hiasan

MENUTUP aurat dengan sempurna adalah wajib dalam agama Islam tidak kira sama ada lelaki atau perempuan.

Terbaharu, seorang wanita di X meluahkan rasa kecewa dengan sikap sesetengah rakan-rakannya yang memakai tudung singkat ketika majlis pernikahan atau perkahwinan.

Menerusi hantaran tersebut, dia turut menitipkan nasihat kepada bakal pengantin lain untuk memberi perhatian terhadap aurat kerana majlis yang diadakan pasti melibatkan ramai tetamu.

Banyak perkara perlu diambil kira sebelum majlis perkahwinan diadakan. -Gambar hiasan

"Sedih bila tengok kawan-kawan sendiri apabila bersanding je... tudung mesti atas dada. Macam sudah menjadi satu kewajipan.

"Kepada yang belum berkahwin, mohon la ambil berat isu aurat di majlis hari bahagia kalian. Aurat tetap aurat," ujarnya.

Hantaran berbentuk teguran itu mendapat pelbagai reaksi pelayar di X yang memberikan pandangan masing-masing terhadap isu dibangkitkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu isteri tutup aurat, jadi wanita muslimah... Tapi suami kantoi kemaruk ‘follow’ perempuan seksi tak cukup kain!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak selesa CCTV jiran jenis bergerak 360 darjah! Kena sentiasa tutup aurat, hilang privasi di rumah sendiri

Beberapa pengguna X mempersoalkan cara tegurannya yang dianggap tidak menjaga aib rakan sendiri sedangkan dia turut menghadiri acara berkenaan.

"Dah (memandangkan) kawan-kawan sendiri, pergilah bisik dekat telinga dia macam yang bisik iklan kurma tu. Yang buka aib dia dekat sini (X) ni kenapa. Mujur kawanmu ni tiada di X.

"Peringatan tu sudah betul tapi tak perlulah beria sangat nak sedih bagai. Hujung kesedihan anda tahap meratib dekat media sosial. Patutnya tanya balik dekat diri 'apa yang saya dah buat untuk kawan?'

Tapi bila tak tegur akan disoal di sana (akhirat) kelak. Maka kena tegurlah cara macam ni.

NETIZEN

"Tegurlah dia. Saya sampai hari ni ralat tak ada siapa tegur pakaian jarang, tudung tak sesuai. Lepas kahwin, belek-belek gambar rasa kesal pula. Sekarang ni bila kawan, saudara mara atau sepupu buat majlis, saya akan tegur. Terima atau tak tu lain cerita," antara komen netizen.

Walaupun cara wanita ini membuat teguran menerima kritikan, ada juga beberapa netizen lain menyokong tindakannya berkongsi hantaran.

Ada juga yang berasa hairan kenapa teguran tersebut mendapat kecaman ramai.

Komen netizen pada hantaran asal.

"La... kenapa semua tak boleh ditegur ni. Padahal tak sebut pun kan kawan dia yang mana satu dan tak mengaibkan kawan dia pun. Lagipun ni teguran umum. Lepas tu dok cakap kenapa tak tegur kawan sendiri.

"Zaman sekarang bila kita tegur depan-depan, akan dianggap kolot, menyibuk, dan akan terus ada pula yang pertahankan mereka. Akhirnya kita yang 'dipalau'.

"Tapi bila tak tegur akan disoal di sana (akhirat) kelak. Maka kena tegurlah cara macam ni. Moga ia sampai pada yang akan bersanding tak lama lagi dan terbuka hati untuk menutup aurat secara sempurna," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain