SESIAPA sahaja pasti akan berasa sedih dan kecewa apabila mengetahui diri dicurangi. Malah, kebanyakan wanita sama ada berstatus isteri mahupun kekasih akan mencetuskan pertengkaran dan pergaduhan dengan pasangan yang didapati melakukan kecurangan. Berhadapan situasi sama, wanita ini bagaimanapun mengambil pendekatan berbeza terhadap pasangannya. Berkongsi cerita, dia mengakui sedar tentang perbuatan curang pasangannya namun perkara yang berlaku di belakangnya itu ‘diterima’ dengan baik. Kebanyakan wanita mengalami gangguan emosi disebabkan pasangan curang. -Gambar hiasan The Star Malah dia berpura-pura tidak mengetahuinya dengan memberi layanan seperti biasa, meskipun berasa sedih dan kecewa. “Beberapa bulan lalu, bekas kekasih berlaku curang. “Aku tahu apa yang dia buat dan aku bukanlah tak percaya dengan apa yang berlaku cuma pada masa itu, aku berpura-pura tak tahu je,” luahnya memulakan cerita. Menurut wanita itu lagi, bagi menjaga hubungan yang terjalin, dia turut melayani kekasihnya dengan baik seperti kebiasaan. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Rajin’ outstation... Kecurangan isteri ‘terbongkar’ ketika suami solat tahajud, rakan universiti jadi orang ketiga! ARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji RM1,500 3 kali curang, isteri bergaji hampir RM5,000 rasa sia-sia tanggung keluarga... Mahu tukar lafaz taklik Malah apa yang dilakukannya itu membuatkan pasangannya tidak menyangka rahsia yang disimpan sekian lama sudah terbongkar. “Aku layan dia elok je macam selalu. Tapi mungkin dia sendiri rasa bersalah sebab sepanjang tempoh tu memang banyak dia belanja aku “Kasut, handbag, airpod... kadang-kadang bagi wang tunai. Semua tu aku ambil je dengan tangan terbuka,” tambahnya lagi. Isteri yang dicurangi pun boleh buat perkara sama, boleh guna alasan tangkap basah untuk buat tuntutan nusyuz. WARGA MAYA Bagaimanapun kesetian wanita itu terus dikhianati malah pasangannya langsung tidak berubah sikap dan masih meneruskan hubungan dengan wanita lain. Ekoran daripada itu, dia membuat aduan di pejabat agama sehingga kekasihnya ditangkap khalwat pada bulan lepas. “Last month, aku buat anonymous report supaya dia ditangkap basah. Aku simpan semua perkara tanpa cemarkan imej aku. “Sekarang ni aku enjoy je dengan barang-barang yang dia bagi tu. Sama ada kifarah datang atau tak, nantilah aku fikir,” ujarnya. Pasangan suami isteri akan bertengkar apabila berhadapan masalah. -Gambar hiasan The Star Azhar Mahfof Hantaran yang dibuatnya itu kemudian dikongsikan seorang pelayar X yang beranggapan tindak tanduk wanita tersebut adalah betul dan wajar. “Sejujurnya tak nampak apa yang salah. Yes girl, go queen!,” ciapnya ringkas. Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi positif daripada warga maya dengan kebanyakannya turut memuji wanita terbabit. Netizen juga menyatakan dia seorang yang bijak dan pandai mengawal emosi meskipun sedang marah. Warga maya memuji tindakan wanita terbabit. “Bijak! Harap gadis lain mencontohi tindakan kau. “Isteri yang dicurangi pun boleh buat perkara sama, boleh guna alasan tangkap basah untuk buat tuntutan nusyuz. “Kadang-kadang tak semua curang dibalas dengan curang... terbaik queen! “Kalau tak buat aduan, kita dituduh bersubahat pula kan? Nampaknya macam tak ada yang salah pun,” ujar beberapa warga maya. Pelayar X turut meminta wanita terbabit berkongsi kisah lanjut tentang nasib bekas pasangannya selepas ditangkap khalwat. Tidak kurang juga yang mahu pasangan dicurangi menjadikan kisahnya sebagai teladan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube