SEEKOR kucing dikenali sebagai Abu tular di media sosial selepas dibuang oleh seorang individu gara-gara terkena jangkitan parvovirus. Menerusi sekeping nota yang ditinggalkan bersama sebuah sangkar, individu itu mengakui terpaksa membuang Abu yang berpenyakit kerana dia mempunyai banyak kucing lain di rumahnya. "Saya minta maaf sangat-sangat buat macam ni. Tak pernah buat sebegini tetapi saya tak tahu nak buat apa. RM400 dah spend untuk check up, tolong jaga ya. Kucing merupakan haiwan peliharaan yang popular di negara ini. -Gambar hiasan "Tolong jaga si Abu ni. Rumah saya sudah banyak kucing. Si Abu ni saya jumpa di Rasta (kedai makan). Sudah bawa veterinar tetapi check ada parvovirus. Kena asing dengan kucing lain. "Saya minta jasa baik sesiapa di sini untuk jaga baki makan dan ubat untuk si Abu. Saya tak tahu nak buat apa sebab risau sangat-sangat kucing kat rumah," tulis individu itu. Kisah mengenai Abu tular selepas ia dikongsi oleh doktor veterinar, Dr Salehatul Khuzaimah menerusi TikTok pada Sabtu. Saya tak akan maafkan pemilik kucing yang buat begini. DR SALEHATUL KHUZAIMAH Meskipun kejadian itu tidak berlaku di kliniknya, Dr Salehatul berkata dia kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu berkenaan. "Saya rasa semua klinik veterinar pernah ada pengalaman ini. Saya tak akan maafkan pemilik kucing yang buat begini. "Saya mungkin nampak lembut, tapi apabila melibatkan penderaan haiwan, pengabaian dan pemilik tak bertanggungjawab, saya berdoa Allah balas kamu seperti kamu layan haiwan tak berdosa ini. ARTIKEL BERKAITAN: “Nak buang pun agak-agaklah”- Pemuda bengang! Kucing baru beranak diikat dalam guni sebelum dicampak dalam tong sampah ARTIKEL BERKAITAN: Kucing mengiau tak berhenti, nak tidur pun tak senang! Pemuda pasang niat nak buang dekat kolam rumah "Saya minta maaf. Satu lagi, jangan ingat awak tinggal macam tu, lepaskan tanggungjawab kepada klinik, kedai haiwan, rumah perlindungan atau rumah orang lain, awak terlepas tanggungjawab tu. "Awak akan dipertanggungjawabkan di akhirat. Dan jangan nak nasihat kata tu rezeki untuk doktor tambah pahala. Tolong jangan. Ia bukan tentang wang semata-mata, ia berkaitan dengan tanggungjawab," ujarnya. Dalam hantaran sama, Dr Salehatul turut menggesa agar undang-undang berkaitan kes penganiyaan haiwan dapat dikuatkuasakan di negara ini. Abu disahkan mati selepas ia ditinggalkan di sebuah klinik. "Tolonglah kuat kuasa undang-undang penganiayaan haiwan ni cepat. Terutama berkaitan pemilik haiwan yang culas tanggungjawab. Hargai nyawa makhluk lain juga," ujarnya lagi. Menjawab pertanyaan netizen di ruangan komen tentang perkembangan terbaharu kucing itu, Dr Salehatul berkata Abu telah mati. Rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih, namun ada juga yang cuba bersangka baik dengan tindakan individu itu. "Sedihnya. Masa sihat ditimang-timang, masa sakit macam tu dibiarkan. "Dia bukan owner, dia jumpa tapi tengok ada sakit pula, mungkin dia tak banyak duit nak jaga sampai sihat, jadi dia buat keputusan macam tu," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube