suria

Peniaga Pasar Siti Khadijah termenung, ‘kalah’ dengan Hatyai... Rupanya orang luar takut, serik kena ‘sembelih’ harga mahal

Pasar Siti Khadijah menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung ke Kelantan. -Gambar hiasan

MAHU melancong ke luar negara dengan kos yang rendah? Hatyai di Thailand adalah jawapannya.

Selain aneka makanan yang menjadi tarikan, jarak perjalanan yang dekat turut menjadi faktor kebanjiran pelancong Malaysia ke sana.

Situasi itu ternyata dirasai para peniaga di Malaysia apabila mereka mendakwa hasil jualan semakin merosot ketika musim cuti persekolahan kali ini.

WhatsApp Image 2024-02-21 at 12.52.15 PM

Tangkap layar video tular di TikTok.

Terbaharu, seorang pemuda dikenali sebagai Jaafar Harun tular di TikTok apabila dia membuat video tinjauan di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.

Dalam video tular itu, Jaafar berkata Pasar Siti Khadijah sepi tanpa pelanggan yang dipercayai 'lari' ke negara seberang.

"Tengok, saya berada dalam pasar, tiada orang dalam pasar. Biasanya cuti sekolah penuh pelanggan. Semua pergi mana? Hatyai.

Hebat Hatyai, hebat Siam berniaga. Duit dia mahal, tapi orang berlari pergi.

PEMUDA TIKTOK

"Hebat Hatyai... tengok, sunyi. Saya duduk berbual (dengan peniaga). Kesian kedai-kedai kat sini. Kedai tiada orang masa cuti sekolah.

"Tengok termenung (peniaga). Sedih tiada orang. Orang pergi Hatyai. Orang dah tak datang Pasar Siti Khadijah. Hatyai beribu (pelancong). Semua orang lari ke sana," ujarnya.

Tambah individu itu, Hatyai tetap menjadi pilihan pelancong tempatan meskipun nilai matawang Thailand lebih tinggi berbanding ringgit Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Kelantan enggan pulang, fobia rasa terhina di negeri sendiri... Syukur Shah Alam jamin hidup berkualiti

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal mentua anti lelaki Kelantan, halang cinta anak... Bagi alasan tak mahu dapat keturunan pemalas!

"Hebat Hatyai, hebat Siam berniaga. Duit dia mahal, tapi orang berlari pergi. Makanan sedap. Hebatnya Thailand buat kerja. Ekonomi Thailand control dah.

"Biasa cuti seolah atas pasar memang hebat (ramai) hari-hari, ni tiada bas (rombongan). Bas pun reti tidur di Hatyai. Ini laporan terkini dari Kota Bharu," ujarnya lagi dalam nada berseloroh.

Dalam video itu, dia turut berborak dengan beberapa peniaga yang dilihat setia menunggu pelanggan di gerai masing-masing.

Malah, seorang peniaga wanita turut bersetuju dengan dakwaan pemuda itu bahawa kebanyakan pelanggan kini telah beralih arah ke Hatyai.

To cover hotel Habib in Kelantan

Pasar Siti Khadijah biasanya meriah dengan pengunjung ketika musim cuti sekolah. -Gambar hiasan

Video itu menerima hampir 180,000 tontonan dan turut dibanjiri pelbagai komen netizen.

Rata-rata berpendapat faktor kenaikan harga makanan dan barangan yang dijual di negeri Cik Siti Wan Kembang itu membuatkan pelancong memilih Thailand sebagai destinasi percutian.

"Sesetengah peniaga apabila tahu orang luar Kelantan, mereka naikkan harga. Mungkin ni salah satu sebab orang tak nak datang.

"RM300 pergi Hatyai empat hari tiga malam, siap makan dengan hotel. Murah dekat sana.

"Mahal, cakap luar sikit terus tukar harga," dakwa beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain