TIADA jalan pintas untuk kurus. Meskipun sudah 'berbuih' mulut para doktor memberi nasihat, namun masih ramai rakyat di negara kita yang percaya kononnya produk-produk pelangsingan dalam pasaran boleh menurunkan berat badan. Terbaharu, pegawai dietetik dan penceramah nutrisi, Jazeera Julaili meraih perhatian netizen selepas dia mendedahkan kisah seorang pesakit yang menderita selepas mengamalkan satu produk minuman. Jazeera membuat perkongsian itu menerusi laman X. "Dengan rendah diri, saya nak mohon maaf andai cerita ini tidak disenangi oleh mana-mana pengasas produk pelangsingan yang berasaskan coffee shakes or drink. "Seandainya anda tahu, produk anda merupakan punca pesakit saya yang berusia 30-an ini akan memulakan dialisis beliau. "Kisah ini dipersetujui oleh pesakit (untuk diceritakan) sebagai kesedaran kepada orang ramai," ujarnya menerusi satu perkongsian di laman X. Jangan cuba-cuba beritahu saya produk anda dapat notifikasi KKM... tonglah jangan. JAZEERA JULAILI Menurut Jazeera, pesakit berkenaan mula mengamalkan satu produk kopi sejak tahun 2022 sehingga berjaya menurunkan 20 kilogram (kg) berat badannya. Namun, kegembiraan itu tidak berpanjangan apabila pesakit mula berdepan kesan sampingan yang menjejaskan kesihatan serta kehidupannya. "Beliau dah ambil kopi ini sejak 2022 lagi. Berjaya menurunkan berat badan sekitar 10 ke 20kg, sehingga membuatkan dia rasa produk ini okey untuknya. ARTIKEL BERKAITAN: Suami berkeras nak jaga ibu uzur, isteri sarat hamil mula rasa terbeban... Tak mampu jaga 5 anak, urus mentua buat dialisis ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik cleaner kumpul saham akhirat, wakaf 2 mesin dialisis harga RM80,000 guna duit hasil jual tanah "Sehinggalah tahun ini 2024, beliau rasa tak larat dan sentiasa rasa lemah. Pergi buat pemeriksaan dengan pegawai perubatan,Kadar Penapisan Glomerulus (eGFR) sehingga 40 sahaja. "Tapi masih in denial. Bermula titik itu, kesihatan sentiasa on off. Sehinggalah beliau pitam dan dikejarkan ke bahagian kecemasan," ceritanya lagi. Menurut Jazeera, dia membuat perkongsian itu sebagai satu peringatan agar orang ramai bersabar dalam proses menurunkan berat badan yang biasanya mengambil masa lama. "Saya sebenarnya malas nak cerita tentang benda begini sebab saya rasa public tahu je tentang risiko. Beringat ya semua, kadang cara kita mengurangkan berat badan tu betul dah, cuma dia ambil masa. Cuba untuk bersabar. Individu yang mengalami masalah berat badan dinasihati agar mengamalkan gaya hidup sihat. -Gambar hiasan "Jangan cuba-cuba untuk beritahu saya produk anda dapat notifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)... tonglah jangan. Itu notifikasi KKM untuk pastikan anda berdaftar je. Saya tak nak salahkan sesiapa, risiko terletak pada tangan anda sendiri. "Nak cuba, cubalah. Tapi beringat sebelum kena. Dapatkan nasihat pakar," ujarnya lagi. Ciapan itu turut menerima pelbagai reaksi netizen termasuklah testimoni mereka yang berjaya kurus menggunakan cara yang sihat. "Tiada jalan singkat untuk kurus. Tujuh bulan saya baru hilang 6.9kg sahaja. Masuk gim dan jaga makan. Cemburu tengok orang lain berpuluh kilogram hilang dalam berapa bulan je... tapi saya struggle sangat. Sayangi buah pinggang anda. "Rasanya dah berbuih doktor mention, nak sihat nak kurus nak body tick nak body langsing macam model, semuanya bermula dengan pemakanan semula jadi dan workout. Tapi orang kita ni, suka sangat ambil jalan singkat. "Ni yang bahayanya, anda nak cantik je tapi pemalas keluar jogging. Nak duduk rumah je harap makan supplement dah boleh cantik. Ini padahnya harapkan supplement," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube