SETIAP anak pasti mahu membalas jasa orang tua apabila masing-masing sudah mempunyai kehidupan stabil. Lebih-lebih lagi anak lelaki yang mana tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa berterusan biarpun sudah mendirikan rumah tangga. Beruntung mana-mana lelaki sekiranya dikurniakan isteri yang memahami tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan suami dalam masa yang sama. Namun bagi lelaki ini, dia kini berada di dalam dilema gara-gara wanita yang bakal dikahwini enggan menetap bersama ibu bapanya yang perlu dijaga memandangkan kedua-dua mereka sudah berusia. Perselisihan faham antara pasangan yang bakal berkahwin sering terjadi antaranya disebabkan faktor keluarga. -Gambar hiasan "Aku ni anak tunggal dan family susah. Parents dah tua dan tinggal dengan aku. Tiga bulan lagi nak kahwin tapi itulah, bakal wife aku tak nak duduk dengan parents aku," luahnya. Ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapa, lelaki ini tersepit untuk membuat keputusan membabitkan dua insan penting dalam kehidupannya. "Pening ni takkan nak sewakan rumah untuk parents dan siapa nak jaga diaorang pula?" luahnya lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Tak sabar nak kahwin baru, ibu tunggal rancang ‘buang’ anak 10 tahun... Patuh cakap bakal suami, enggan bela benih orang ARTIKEL BERKAITAN: Suami angkat kaki lepas hidup senang, tinggal isteri besarkan 3 anak sendirian... Ibu tunggal syukur bisnes nasi lemak terus bertahan Buntu memikirkan penyelesaian, lelaki ini memohon pandangan dan buah fikiran warga maya untuk meringankan beban masalah yang dialaminya. Perkongsian lelaki tersebut yang dimuat naik akaun @meinmokhtar di laman X mengundang perhatian netizen yang tampil dengan pelbagai pendapat. Mak bapa seumur hidup sekali je satu set Tuhan bagi. Bincang dengan pasangan. NETIZEN Rata-ratanya menasihatkan lelaki berkenaan supaya berbincang dari hati ke hati dengan bakal isterinya, namun ada juga yang menyarankannya mengundur diri dan mencari wanita yang bersedia menerima keadaan keluarganya. "Kena pandai main peranan. Perempuan ni tak nak duduk dengan mentua sebab tak nak terkena mentua toksik. Kalau nak juga, kena pandai pujuk wife. Anon dan parents kena treat bagi dia rasa selesa dan ada toleransi. Antara pandangan netizen terhadap perkongsian kisah lelaki berkenaan. "Mak bapa seumur hidup sekali je satu set Tuhan bagi. Bincang dengan pasangan. Hold off sebab nak jaga parents. Kalau dia tak nak, anon dah dapat jawapan dah sebenarnya. "Better sewa rumah berdekatan pun tak apa. Sebab kena fikir juga aurat, kelesaan isteri. Ya kita selesa sebab duduk dengan mak kita, dia nak kena duduk dengan mak orang... tak mudah," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube