suria

Puas fikir akhirnya terbongkar punca prestasi staf, syarikat merosot! Ramai buat ‘job tepi’, gaji dapat macam biasa

Seorang majikan kecewa pekerja-pekerjanya tidak jujur dalam mencari rezeki. -Gambar hiasan

MAJIKAN di sebuah syarikat terkilan apabila mendapat tahu beberapa pekerjanya membuat kerja sambilan pada waktu pejabat.

Meluahkan perkara itu menerusi grup Tanya Peguam, perbuatan itu terbongkar apabila dia dapat menghidu 'aktiviti' yang dilakukan mereka.

Perbuatan mereka itu sememangnya memberikan kesan kerana syarikat mula mengalami kerugian disebabkan para pekerja melebihkan kerja-kerja luar.

Setiap individu perlu bersikap jujur dalam berkerja. -Gambar hiasan

"Saya dapat 'tangkap' yang mereka ada buat kerja luar semasa kerja dengan syarikat saya.

"Saya bayar gaji tapi mereka buat kerja yang tidak mendatangkan keuntungan pada syarikat.

"Malah, duit yang mereka dapat, masuk ke dalam poket mereka," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Keluar kau dari sini” - Majikan ‘angin’ pekerja tak capai sasaran, ugut tak mahu bayar gaji kalau gagal

ARTIKEL BERKAITAN: Tugas ‘marketing’ kena guna telefon! Wanita dibuang kerja bidas majikan, rupanya rakam barang kemas untuk promosi ‘online’

Berdasarkan penceritaannya dalam hantaran yang tular di Facebook, dia menemui beberapa bukti yang menjadikan dia yakin ada sesuatu yang tidak kena dengan sikap para pekerjanya.

Sebagai individu yang menyayangi syarikat, dia buntu dengan masalah dihadapi dan masih mahu mencuba menyelamatkannya.

"Saya jumpa invois, sebut harga dan penyata bank atas nama syarikat yang pekerja saya buat.

"Pendapatan syarikat merosot. Saya sebagai majikan... apa perlu saya buat?" jelasnya dalam hantaran dibuat.

Kalau selepas waktu kerja dan hari cuti rasanya tak ada masalah, melainkan waktu bekerja.

NETIZEN

Hantaran tersebut meraih pelbagai reaksi netizen yang memberikan pendapat mereka di ruangan komen.

Bagaimanapun, warga maya tidak menyalahkan staf berkenaan sekiranya dibuat di luar waktu bekerja.

"Bagi amaran bertulis dulu. Kalau nak buat kerja sambilan, pastikan lepas waktu kerja atau masa cuti dan tak boleh guna harta syarikat.

"Kalau tak makan saman, boleh tamatkan perkhidmatan ikut kontrak pekerjaan antara syarikat dan pekerja.

Komen netizen pada hantaran asal.

"Kalau selepas waktu kerja dan bukan hari kerja rasanya tak ada masalah, melainkan waktu bekerja," ujar netizen.

Namun, terdapat segelintir memberikan cadangan supaya majikan memecat semua pekerja yang terlibat dengan kerja-kerja luar.

"Bahaya simpan spesis musuh dalam selimut. Semoga dipermudahkan urusan tuan.

"Buang saja pekerja macam ni. Boleh bankrap syarikat. Mereka akan cuba ambil pelanggan syarikat dan tawarkan harga lagi murah," ujar netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain