GARA-GARA dua pinggan lauk dilihat terhidang di atas meja, seorang wanita mendakwa menjadi mangsa ejekan pelanggan lain di sebuah restoran. Dakwa Wina Septian di TikTok, dia tidak selesa apabila sekumpulan wanita yang lebih berusia di premis berkenaan seakan menjadikannya sebagai bahan umpatan mereka. "Ceritanya saya makan dekat sebuah kedai siang tadi selepas hantar anak berjumpa doktor untuk terapi, selepas itu barulah saya makan. Menu dadar beredar bersama ayam suwir dijual di premis berkenaan. "Posisi waktu makan tu nampak ada dua pinggan sebab saya buat pesanan ayam suwir... lauknya dipisahkan pinggannya. "Nenek-nenek bertiga tu terus tengok saya sambil cakap makannya dua portion. Cara pandang pun macam mengejek," jelasnya di ruangan kapsyen. Berdasarkan video yang dikongsikan, kelihatan kedudukan meja antara wanita itu dan tiga pelanggan berkenaan tidak begitu jauh. Untuk makluman, ayam suwir adalah masakan daging ayam yang dimasak hingga empuk, lalu diuraikan menjadi serat-serat halus. ARTIKEL BERKAITAN: Nak makan sedap, order macam-macam lepas tu report kedai mahal! Pelanggan tak pandai kira bajet kena ‘sound’ ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ‘kaki besi’ pasrah makan di luar kedai, risau pelanggan tak selesa! Lebih derita dari sakit putus cinta Dek kerana bengang dengan sikap tiga orang wanita yang dipanggil nenek itu, Wina memberikan 'pesanan' kepada mereka. "Saya terus cakap, masalahnya dekat mana? Duit saya, nak pesan berapa portion pun suka hati saya. Kalau orang sindir, saya tak terima... semoga viral. WINA "Giliran saya beritahu... bergosip biar ingat mati. Terus membongkok nenek-nenek tu. Bukan tak hormat dengan yang lebih tua. "Tapi kalau orang sindir dulu, saya tak terima... semoga viral," ujarnya. Sehingga kini, video dikongsikan itu meraih lebih 4.8 juta jumlah tontonan di TikTok. Sementara itu di ruangan komen rata-ratanya turut berkongsi pengalaman mereka sebelum ini berdepan dengan situasi sama. Komen netizen pada video tular. "Saya pernah juga kak. Saya pergi dekat orang tu, saya marah dan tanya depan-depan orang bergosip tadi. Suami tengok je dekat meja. "Saya juga kalau makan dekat restoran mesti pesan lauk lebih daripada satu jenis sebab terbiasa makan dekat rumah pun tak hanya satu pilihan lauknya," komen netizen. Jika diteliti pada penggunakan bahasa, video tersebut dirakamkan oleh warganegara Indonesia namun turut menjadi tular di Malaysia. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube