suria

4 budak lelaki non-Muslim ‘serah diri’ berkhatan, antara yang terawal daftar nama! Mak ayah beri sokongan penuh

Dua pasangan kembar bukan Islam turut menyertai program Sunathon Mega Madad, baru-baru ini.

BERKHATAN atau bersunat merupakan perkara wajib dan dituntut di sisi agama bagi lelaki Muslim.

Kebanyakan ulama berpendapat bahawa khatan wajib dilakukan ketika anak lelaki hampir cukup umur atau akil baligh.

Ketika ini, ramai ibu bapa mengambil peluang sempena cuti persekolahan untuk menghantar anak mereka berkhatan sama ada di klinik atau menyertai program khatan beramai-ramai.

Tidak ketinggalan sepasang suami isteri penganut agama Buddha yang mengkhatankan dua pasang anak kembar lelaki mereka pada program berkhatan beramai-ramai, Program Sunathon Mega Madad, yang dianjurkan di Murtadha Dakwah Centre (Madad), Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.

sunat 2

Pasangan suami isteri bukan Islam yang menemani salah seorang daripada empat anak kembar mereka berkhatan.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Ketua Operasi Program Sunathon Mega Madad, Muhammad Ridzuan Osman.

Menurut Muhammad Ridzuan, dua pasangan kembar bukan Islam tersebut masing-masing berusia lapan tahun dan 15 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Gerun berkhatan, budak lelaki baca Qunut Nazilah sekuat hati macam nak berperang! Dah tak hirau doktor, orang sekeliling

ARTIKEL BERKAITAN: Ramadan jadi saksi, gadis ini peluk Islam selepas kaji agama terdahulu... Menangis pertama kali pakai tudung, rasa lebih selamat

"Salah satu perkara yang mendorong empat anak lelaki pasangan Buddha ini mahu berkhatan adalah kerana majoriti famili mereka sudah memeluk Islam dan berkhatan.

"Ini kemahuan mereka (peserta) sendiri... ibu bapa mereka tak paksa pun. Sebaik sahaja kami buka penyertaan dua minggu lalu, terus dapat call daripada pasangan ini yang mahu sunatkan empat anak mereka.

"Kiranya mereka antara yang terawal daftar. Kami di Madad alu-alukan siapa-siapa saja yang nak turut serta termasuk bukan Islam. Manalah tahu, dari situ, ada hikmah yang lebih besar untuk mereka," ujarnya.

Salah satu perkara yang mendorong empat anak lelaki pasangan Buddha ini mahu berkhatan adalah kerana majoriti famili mereka sudah memeluk Islam dan berkhatan.

MUHAMMAD RIDZUAN

KETUA OPERASI PROGRAM SUNATHON MEGA MADAD

Sama seperti kanak-kanak lelaki lain, keempat-empat peserta bukan Islam tersebut tidak terkecuali berdebar-debar apabila tiba giliran masing-masing.

"Pasangan kembar si abang steady je walau malu-malu sebab mereka peserta yang paling tua iaitu 15 tahun.

"Kembar si adik pun steady juga, tapi yang seorang tu menangis. Ibu bapa mereka sangat supportive, pegang tangan untuk tenangkan dan hilangkan rasa gemuruh.

"Dari awal sampai habis tetap menemani kembar-kembar ini," ujarnya sambil menambah, Program Sunathon Mega Madad disertai lebih 500 kanak-kanak dan remaja yang berusia di antara 72 hari hingga 15 tahun.

sunat 3

Program Sunathon Mega Madad yang dianjurkan Murtadha Dakwah Centre (Madad) disertai lebih 500 peserta.

Berkongsi lebih lanjut, Muhammad Ridzuan berkata, dia sama sekali tidak menjangka Program Sunathon Mega Madad yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Madad mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

"Hanya dalam tempoh dua minggu penyertaan dibuka, tak sangka mendapat sambutan yang menggalakkan dari ibu bapa.

"Selalu famili akan plan untuk bercuti pada musim cuti sekolah tapi ramai yang ambil peluang untuk hantar anak-anak berkhatan. Alhamdulillah," akhirinya sambil menambah, program tersebut mendapat kerjasama lebih 20 orang doktor daripada kumpulan Poliklinik Azhar dan Rakan-rakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain