IBARAT sudah jatuh ditimpa tangga. Demikian pepatah sesuai bagi menggambarkan situasi yang dilalui oleh wanita ini yang dilanda kekangan kewangan dan dalam masa yang sama sedang menunggu masa untuk melahirkan zuriat ketiga. Tidak mendedahkan identiti diri, wanita tersebut turut meluahkan rasa kesal kerana merasakan dia membuat keputusan salah apabila mengahwini lelaki yang tidak bergaji tinggi. "Pada saya, cari suami yang bertanggungjawab dan rajin kerja tu sangat-sangat penting. Dulu sebelum kahwin, tak fikir sangat walaupun tahu je tentang benda tu, konon-konon rela hidup susah senang sama-sama. "Tapi apabila dah kahwin, dah hidup dengan dia, baru kita rasa dan sedar sakit hidup susah tu macam mana. Tak tahulah saya kenapa nak sangat kahwin dengan dia sedangkan masa bercinta dulu dah nampak dah dia tu kerja macam mana. "Sekarang saya jadi stuck, nak undur masa tak akan boleh, lepas tu dah la termengandung anak nombor tiga dalam keadaan serba kekurangan. Saya tak sangka hidup saya berubah 360 darjah macam ni," luahnya. Anak adalah amanah Allah untuk pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan Tambah wanita tersebut, disebabkan situasi kewangan keluarga yang tidak stabil ditambah pula dua anaknya masih kecil, dia sememangnya membuat keputusan untuk merancang kehamilan. Namun dia sama sekali tidak menyangka akan hamil memandangkan sudah melakukan kaedah pencegahan kehamilan menerusi suntikan. Justeru, dia terfikir untuk menyerahkan bayinya yang bakal lahir kepada orang lain dek terlalu buntu untuk memikirkan beban perbelanjaan yang akan ditanggung kelak. ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri tanpa zuriat kecil hati tauke kedai tanya tentang anak, rupanya senasib malah lebih teruk diuji ARTIKEL BERKAITAN: Buat semua kerja rumah, tak culas beri nafkah... Isteri tetap anggap suami tak perfect sebab tak pandai masak "Kalau beranak ramai-ramai, suami jenis rajin kerja, gaji besar, tak apalah juga. Ini, sampai tahap nak beli beras pun susah. Dekat dapur tu satu habuk pun tak ada. "Rasa nak lari daripada semua ni tapi tak boleh. Kadang-kadang saya reda keadaan saya macam ni. Kadang-kadang saya rasa memberontak "Kenapa susah sangat hidup saya sekarang? Saya tak harap mewah tapi cukuplah dengan adanya rezeki yang sentiasa rasa cukup. "Komitmen tak banyak, cuma bayar sewa rumah dengan bayar bulanan kereta, itu saja. Tapi saya tak faham kenapa rezeki sempit. Rasa nak berpatah balik masa tapi mustahil," keluhnya. Ajaklah berbincang dengan suami. Berbincang bukan bergaduh. Cari jalan penyelesaian sama-sama. NETIZEN Coretan yang dikongsikan wanita tersebut di sebuah laman grup Facebook mengundang perhatian warga maya yang memberi reaksi yang pelbagai. Rata-ratanya mencadangkan supaya wanita tersebut cuba menjana pendapatan sampingan daripada rumah untuk membantu meringankan beban kewangan suaminya. "Cuba dapatkan bantuan zakat untuk mulakan perniagaan kecil-kecilan. Sebelum apply tu cuba buat plan perniagaan, macam nak jual apa, berapa modal, berapa untung, target bulanan. Netizen berkongsi pandangan dan nasihat untuk wanita berkenaan. "Kena ambil perancang dan baiki ekonomi keluarga. Puan boleh berniaga daripada rumah. Usahakan berniaga apa sahaja, jadi dropship ke apa ke. Asalkan ada duit sikit-sikit, simpan buat tabungan sendiri. "Ajaklah berbincang dengan suami. Berbincang bukan bergaduh. Cari jalan penyelesaian sama-sama. Beritahu suami apa yang awak rasa. Jangan pendam seorang," demikian nasihat yang dilontarkan netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube