suria

Buat kafe macam pejabat sendiri, wanita kerja ‘freelancer’ risau dipandang serong... Tapi bukan duduk saja, siap beli 4 cawan air

Ramai memilih kafe yang tenang untuk membuat kerja. -Gambar Twitter Edd

DUDUK bekerja di kafe mahupun restoran pastinya lebih menyeronokkan terutama bagi mereka yang bekerja sambilan atau freelancer.

Begitulah yang dirasai wanita dikenali sebagai Edd di laman X yang lebih gemar menghabiskan masa di restoran berbanding co-working space atau ruang kerja bersama.

Tambahan pula, dia yang bekerja sebagai pereka perlu mendapatkan inspirasi daripada persekitaran untuk mennghasilkan karya terbaik.

Bagaimanapun, wanita ini beranggapan cara yang dipraktikan itu mungkin tidak disukai oleh sesetengah individu terutama pemilik restoran atau kafe.

Sesetengah individu gemar melakukan kerja di kafe. -Gambar Twitter Edd

Sesetengah individu gemar melakukan kerja di kafe. -Gambar Twitter Edd

"Kepada pemilik kafe, you all kisah tak kalau orang datang kafe untuk buat kerja menggunakan laptop selama empat hingga lima jam?" ajunya di laman X.

Berkongsi pengalaman sendiri, wanita itu berkata dia sering mengambil masa yang lama di restoran untuk menyiapkan tugasan.

Namun dalam tempoh tersebut, dia turut membuat tempahan hidangan seperti tiga hingga empat cawan air termasuk pemanis mulut.

"Macam aku duduk lama... kemudian order tiga hingga empat cawan air dan dessert... data (internet) pakai sendiri melainkan kafe bagi Wi-Fi.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami mahu dilayan macam bayi, kedekut pula! Isteri nak cerai, tak tertanggung beban jadi kuli rumah tangga

ARTIKEL BERKAITAN: Korek Tabung Haji buat ‘rolling’ modal kerja part time, wanita ini hilang 5 angka dalam seminggu! Tampil dedah modus operandi scammer

"Aku tak suka co-working space. Kalau ada pemilik yang okay dan sediakan plug, aku nak jenguklah," ujarnya.

Meskipun terdapat ruang kerja bersama yang lengkap dengan pelbagai kemudahan disediakan di sesetengah lokasi, baginya suasana di tempat tersebut seolah-olah dia berada di dalam pejabat.

"Rasa macam duduk pejabat, aku pula memang freelancer yang tak suka pejabat.

Aku rasa kena tengok situasi... jika pelanggan ramai dan meja macam tak cukup, kita patut keluar.

WARGA MAYA

"Tapi aku tak buat kerja di kafe yang crowded... kalau tempat ramai memang aku tak pergi sebab buat kerja kena suasana tenang," tambahnya lagi.

Pertanyaannya itu turut mendapat pelbagai maklum balas daripada warga maya.

Kebanyakannya memberi pandangan masing-masing termasuk memintannya supaya peka dengan keadaan sekeliling supaya tidak mengganggu pelanggan lain.

Rata-rata warga maya beranggapan kaedah yang dilakukan Edd adalah 'crowd marketing' untuk kafe.

Rata-rata warga maya beranggapan kaedah yang dilakukan Edd adalah 'crowd marketing' untuk kafe.

"Kalau aku pemilik kafe, kau duduklah seharian. First 2 hours kena beli hidangan utama dan minuman. Tiga jam kemudian kena pesan air dan lima jam lagi kena buat review untuk kedai di sosial media.

"Aku bukan pemilik kafe tapi rasanya mereka tak kisah dan lagi bersyukur sebab pelanggan beli banyak kopi... ada sesetengah orang duduk lama tapi beli satu cawan je.

"I dont think their mind kalau kafe kosong. Kebanyakan pemilik memang nak bagi kedai nampak ada orang, kalau sendu siapa nak datang.

"Aku rasa kena tengok situasi, jika pelanggan ramai dan meja macam tak cukup, kita patut keluar. Jika kafe kosong, bolehlah stay kalau tak mengganggu," ujar beberapa warga maya.

Tidak kurang juga yang berkongsikan beberapa kafe menarik dan sesuai untuk freelancer membuat kerja.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain