KETIKA rakan-rakannya sedang menikmati cuti persekolahan bersama keluarga dengan pelbagai aktiviti, seorang pelajar lelaki hanya menghabiskan cutinya bersendirian tanpa orang tersayang. Menerusi perkongsian Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Uzma Lailaitam (Yatim dan Asnaf) di Facebook, pelajar berkenaan terpaksa melalui detik-detik itu kerana sikap tidak peduli waris mahupun ahli keluarganya. Foto kanak-kanak itu duduk termenung sendirian di bangku dipercayai di perkarangan pusat tahfiz itu cukup mengundang simpati ramai. Posting asal yang tular di Facebook. "1001 cerita. Hanya Dia yang tahu cerita sebenar. "Di saat kawan-kawan bercuti, hanya dia yang terpaksa tinggal. "Terpaksa tinggal kerana tiada yang peduli," tulis pengelola akaun Facebook pusat berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Dua pelajar yatim piatu menangis ada insan sudi lawat di asrama, sebelum ni cuma mampu tengok rakan lain dilawati mak ayah ARTIKEL BERKAITAN: Tiada yang sudi jamah! Anak yatim menangis di jamuan raya, kuih dibawa ‘tak laku’... cikgu selamatkan keadaan Lebih mengundang pilu apabila pelajar itu juga dikatakan bakal menyambut kedatangan Ramadan dan Syawal tidak lama lagi di pusat pengajian itu tanpa kehadiran keluarga di sisi. "Dia bukan anak yatim piatu. Tapi ibu bapa dan penjaga tak dapat dikesan dan dihubungi. "Kemungkinan puasa dan raya pun bersama ustaz yang menjaga tahfiz," jelas pengendali akaun Facebook itu lagi. Memandangkan posting berkenaan meraih simpati daripada orang ramai, rata-rata ingin mengetahui latar belakang dan kisah di sebalik keberadaan pelajar itu di pusat tahfiz tersebut. Boleh buat anak angkat tak? Kalau cuti balik rumah saya. NETIZEN "Boleh tahu siapa yang hantar ke tahfiz kemudian tiba-tiba famili dia tak datang. Allah... kesiannya. Saya pun ada anak lelaki usia 15 tahun duduk tahfiz. "Semoga anak ni baik-baik saja. Insya-Allah, kuat orangnya," komen salah seorang netizen. Dalam pada itu, ramai dalam kalangan netizen turut menawarkan pelajar tersebut untuk bercuti dan beraya bersama-sama di rumah mereka. "Boleh buat anak angkat tak? Kalau cuti balik rumah saya. Saya hanya ada seorang anak lelaki umur 16 tahun. "Mari beraya di rumah dengan anak saya. Biar serba kekurangan pun tak apa. Janji dapat merasa beraya. Cakap je dekat ustaz dan ustazah nak beraya dengan siapa ya. Komen beberapa netizen pada posting asal. "Dik, tahun ni beraya dengan abang jom. Famili abang pun ok je. Baju raya semua abang siapkan, Insya-Allah," komen netizen. Namun, menurut pemilik akaun tersebut, pelajar berkenaan lebih selesa berada di tahfiz sahaja berbanding tinggal di rumah asing. Walaupun begitu, tiada halangan atau syarat bagi mana-mana individu yang berhasrat untuk membuat kunjungan melawatnya di sekolah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube