TAWARAN gaji lumayan pasti menarik perhatian ramai, namun ada kalanya pekerjaan itu memerlukan pengorbanan yang tinggi. Hal itu sudah tentu dirasai mereka yang mencari rezeki di negara orang terutama Singapura meskipun nilai gajinya berlipat kali ganda berikutan mata wang Republik tersebut lebih kukuh berbanding ringgit. Mereka perlu bangun seawal pukul 3 atau 4 pagi dan pulang ke rumah lewat malam, dan hanya mempunyai beberapa jam saja untuk tidur. Selain itu, ribuan rakyat Malaysia juga perlu beratur dan menghadap kesesakan lalu lintas untuk masuk ke Singapura setiap hari. Rakyat Malaysia berulang-alik bekerja di Singapura. Namun bagi seorang pemuda tempatan yang bekerja di Selangor, dia cuba menyamakan tekanan dan beban kerja yang dilaluinya dengan situasi yang sering dilalui kebanyakan pencari rezeki di Singapura. “Aku kerja kilang dekat Selangor. Tak tahulah nak kata rabak ke tidak. Pada aku biasa je sebab sudah terbiasa. Aku kerja syif selama 12 jam, daripada pukul 7 pagi hingga pukul 7 malam. “Semua kata rabak kalau kerja di Singapura. Badan rabak, penat dan sebagainya. Rabak tu macam mana? Penat tu macam mana?” luahnya di grup Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: Anak Selangor ‘terpaling Singapura’! Bangga tukar kerja gaji 3.5 kali ganda, puji melambung negara jiran ARTIKEL BERKAITAN: Pensyarah IPTS ‘merajuk’ gaji tak naik-naik, nekad kerja ‘cleaner’ di Singapura... Balik Malaysia jadi orang kaya! Menceritakan pengalaman sendiri mencari rezeki di negeri itu, katanya walaupun tempoh bertugas selama 12 jam tetapi dia sering bekerja lebih masa. “Aku kerja 12 jam tapi tak pernah tepat 12 jam. Setiap hari lebih 30 minit, kadang sejam, kadang sampai dua jam. “Kadang masuk 7 pagi balik tengah malam. Seminggu mesti ada dua atau tiga kali. Dan paling best, seminggu tujuh hari kerja tak ada off (cuti),” ujarnya. Seorang pemuda mengakui tiada keseimbangan kerja dan kehidupan. -Gambar hiasan Ini kerana katanya dia sering diminta untuk datang bertugas pada hari cuti, malah mendakwa pernah bekerja berhari-hari tanpa henti. “Rabak tak macam tu? Aku pernah kerja straight (berterusan) selama 61 hari dan cuti satu hari. Rabak tak pada kamu semua? Selama mana aku bertahan?” soalnya. Settle down bang, rezeki masa dan rehat tu jauh lagi nikmat. NETIZEN Menurut pemuda itu lagi, dia mampu bertahan menghadap situasi kerja seteruk itu selama empat tahun dengan pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhinya. “Selama empat tahun aku bertahan dengan hidup budaya kerja macam tu. Tiada keseimbangan kerja. Aku pernah kerja 24 jam. “Dalam sebulan mesti ada dua atau tiga hari kena kerja 24 jam. Aku pernah kerja 32 jam tanpa henti,” dakwanya lagi. Seorang pemuda mendapat tawaran bekerja di Singapura. -Gambar hiasan Di sebalik pendedahan pengalaman bekerja itu, dia kemudian mengakui menerima tawaran bekerja di Singapura. “Dah empat tahun, dah jadi lali kerja macam tu. Jadi, cukup kuat tak mental aku untuk kerja di Singapura?” soalnya. Di ruangan komen, netizen memberi pandangan masing-masing susulan lelaki itu membandingkan pengalamannya bekerja dan rakyat Malaysia mencari rezeki di Singapura. “Rabak hadap jammed (kesesakan lalu lintas) dengan rabak buat kerja lain. Setakat 24 jam kerja straight tak rabak mana pun. Cuba kau hadap jammed setiap hari selama mana kau kerja baru tahu kau apa itu rabak. “Kerja lebih kurang, dekat checkpoint (pusat pemeriksaan) yang rabak sebenarnya. Masa pergi dan balik kerja jauh lagi lama. “Terpaling rabak la kau bang. Terpaling Selangor. “Bang, dah empat tahun hadap kehidupan macam tu, nak sambung rabak lagi ke? Jauh dari famili lagi. Settle down bang, rezeki masa dan rehat tu jauh lagi nikmat,” komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube