KUIH tepung pelita bukan sahaja laris pada bulan Ramadan, sebaliknya ia sentiasa menjadi pilihan pelanggan pada bila-bila masa sahaja. Terbaharu, kisah mengenai tepung pelita menarik perhatian ramai di media sosial selepas seorang individu mendakwa akaun media sosial miliknya disekat secara tiba-tiba oleh seorang peniaga kuih popular itu. Ia dipercayai berpunca daripada tindakannya yang menegur peniaga berkenaan tentang bahaya penggunaan dawai kokot (ubat stapler) untuk membuat bekas tepung pelita. Populariti tepung pelita memuncak ketika bulan Ramadan. -Gambar hiasan "Tiba-tiba kena blocked dengan kakak buat tepung pelita tu. Satu kesilapan sebenarnya guna stapler untuk tepung pelita tu. "Kalau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat tahu kak, kena denda tak lebih RM10,000. Jangan marah ya kak. Sekadar mengingatkan," ujar individu itu. Dia bagaimanapun tidak berkongsi maklumat lanjut tentang peniaga mahupun lokasi tepung pelita yang dimaksudkannya itu dijual. Pada kebiasaannya, para peniaga di Malaysia menggunakan dawai stapler untuk membentuk daun pisang yang digunakan sebagai bekas tepung pelita. Betul bahaya. Pernah kena ada dawai besi dalam makanan. Nasib kita yang makan, kalau anak? NETIZEN Namun, sesetengah peniaga mula menggunakan lidi bagi tujuan itu atau beralih kepada bekas plastik yang lebih selamat. Perkongsian individu berkenaan tentang peniaga tepung pelita itu turut meraih perhatian ramai sehingga menimbulkan perdebatan di aplikasi TikTok. "Betul bahaya. Pernah kena ada dawai besi dalam makanan. Nasib kita yang makan, kalau anak? ARTIKEL BERKAITAN: “I'm sorry abah” - Anak akui malu bawa tepung pelita, ramai kongsi memori jamuan sekolah... muntah makan makanan ibu, menangis bawah meja pun ada! ARTIKEL BERKAITAN: Tepung Pelita Istimewa Paya Jaras: Rasa Sebulan Rindu Setahun "Saya pernah makan kek coklat, lepas tu rasa benda tajam dalam mulut. Terkejut bila keluarkan, tengok ubat stapler," ujar netizen. Dalam pada itu, ada juga netizen yang tidak mempunyai kesedaran tentang bahaya penggunaan stapler dan dilihat mempertahankan tindakan peniaga berkenaan. "Orang suruh makan tepung pelita, bukan makan daun dengan ubat stapler. "Sebelum ni ramai je yang guna stapler, kenapa baru sekarang nak bising? Peniaga makanan yang menggunakan stapler boleh dikenakan tindakan undang-undang. -Gambar hiasan Menurut KKM, peniaga makanan yang menggunakan paku, dawai kokot atau bahan seumpamanya yang berbahaya pada pembungkusan makanan boleh didakwa di mahkamah. Jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Hukuman yang lebih berat boleh dikenakan sekiranya bahan tersebut ditemui dalam makanan. Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, sesiapa yang menyedia atau menjual apa-apa makanan yang di dalamnya mengandungi bahan yang memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan. Pesalah boleh dijatuhi hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube