suria

Kue teow goreng bertukar hitam legam, wanita trauma nak masak! Ibu tak cakap banyak, cuma suruh maafkan ‘penghantar’

Kuey teow goreng yang bertukar menjadi hitam kehijauan didakwa angkara amalan sihir.

TIDAK ada angin atau ribut, tiba-tiba sahaja kuey teow goreng yang dimasak oleh seorang wanita bertukar menjadi warna hitam kehijauan sehingga rupanya begitu aneh dan tidak menyelerakan.

Berkongsi mengenai kejadian 'misteri' itu di TikTok, pemilik akaun @ummie_aulianaqi berkata, kejadian tersebut berlaku pada petang Ahad sewaktu dia sedang menyediakan hidangan berkenaan untuk dijamu kepada adik iparnya.

"Kicap letak sikit je. Lepas tu letak kuey teow. Mula-mula OK dah warnanya. Tiba-tiba tengah gaul berubah jadi gelap dan makin gelap.

"Demi Allah ini bukan reka-reka ke nak viral. Sebab saya suka masak dan jamu siapa-siapa saja yang datang rumah.

"Rasa ralat... menung depan kuali tu sekejap. Apasal jadi macam ni. Dalam hati dah berzikir terkumat-kamit," kongsinya.

hitam 2

Kuey teow yang digoreng kali kedua menjadi seperti biasa,.

Cerita wanita ini lagi, dia segera memanggil suaminya dan menceritakan apa yang berlaku kepada masakannya.

"Dia (suami) cakap jangan rasa, jangan usik... buang terus.

"Masa tu saya masak pukul 7 lebih, dah nak Maghrib pun. Pintu belakang dapur sebelah tempat masak saya buka sebab nak bagi asap tumis tu keluar.

"Tapi lepas jadi macam ni, terus tutup pintu tu," ceritanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Luluh hati isteri lihat gumpalan rambut dalam laksa... Usahawan ‘penat’ 2 kali rebus tetap ada, netizen cadang buat ujian DNA

ARTIKEL BERKAITAN: Seluar dalam hilang angkara sihir! Wanita mimpi gambar dipuja, kulit sakit rasa dihiris... Ramai takut nak sidai baju luar rumah

Wanita ini berkata, dia kemudian memasak hidangan kuey teow goreng buat kali kedua dan bersyukur kejadian yang sama tidak berlaku.

"Masa masak ni, saya baca ayat-ayat Kursi. Semua ayat baca. Ya Allah takut betul jadi hitam tiba-tiba masa tengah masak.

"First time jadi. Adik ipar cakap mungkin terlebih kicap kot. Mentua cakap ada letak paru ke? Mana ada letak, paru pun tak makan.

"Akhirnya mak aku cakap "tak apa abaikan. Maafkan je siapa yang 'hantar' tu", ceritanya.

Orang-orang tua pesan, senja je tutup pintu dengan tingkap. Memang time 'diorang' keluar tu.

NETIZEN

Masih dihantui dengan apa yang berlaku, wanita itu berkata dia memuat naik video di media sosial untuk berkongsi kejadian aneh yang dialaminya selain mahu meminta pandangan warga maya.

"Maaf, saya betul-betul nak tahu. Ibu-ibu suri rumah, pernah tak korang masak kuey teow tiba-tiba jadi warna hitam-hitam kehijauan macam ni?

"Selama 34 tahun hidup, first time tengok kejadian kuey teow goreng yang sendiri masak jadi hitam legam macam ni. Selalu elok je masak. MasyaAllah, trauma terus," kongsinya.

Sehingga kini, perkongsiannya meraih 123,000 jumlah tontonan.

Menjengah ruangan komen, rata-ratanya berpendapat bahawa apa yang berlaku sememangnya mempunyai unsur mistik selain menasihatinya agar tidak membuka pintu ketika memasak.

komen hitam

Netizen mendakwa kejadian tersebut angkara ilmu hitam.

"Setengah pengamal ilmu buang sihir, santau... kadang angin bawa kena kita.

"Dulu mak saya ralit buat kerepek pisang sampai lupa nak tutup tingkap dah masuk waktu maghrib. Tiba-tiba ada bau hanyir macam darah dekat tingkap.

"Orang-orang tua pesan, senja je tutup pintu dengan tingkap. Memang time 'diorang' keluar tu," demikian komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain