KAD pengenalan atau MyKad merupakan dokumen pengenalan diri rakyat Malaysia yang sangat penting. Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak kes yang membabitkan salah laku dan penyalahgunaan MyKad termasuk berkaitan pinjaman kewangan daripada institusi tidak berlesen. Bimbang perkasa sama terjadi, seorang gadis berkongsi situasi yang dialami di laman Facebook bagi mendapatkan pandangan warga maya. “Hi, minta pandangan. Mak minta salinan IC (MyKad) dan lesen memandu saya depan belakang... kononnya sebab dia ada mencarum insurans Perkeso bagi yang bekerja sendiri. “Katanya pejabat terbabit meminta kad pengenalan semua anak-anak. Pada masa sama, mak ada cakap dia buat pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) untuk bisnes kecil dia,” ujarnya. Kebanyakan anak akan membantu ibu bapanya yang berhadapan kesulitan. -Gambar hiasan The Star Azhar Mahfof Disajikan dengan masalah pengurusan kewangan sejak kecil, gadis itu mengakui dia tidak mempercayai tingkah laku kedua-dua orang tuanya. Malah kata gadis itu, ibu bapanya juga sering bermulut manis ketika ingin meminjam duit daripada orang luar termasuk sanak saudara. Namun katanya, mereka sentiasa culas untuk membayar hutang dan sentiasa memberi alasan apabila diminta melunaskannya. “Saya memang tak percayakan kedua-dua ibu bapa apabila berkaitan kewangan. Saya membesar sambil tengok betapa culasnya financial planning mereka dan betapa manisnya mulut mereka ketika nak meminjam duit dengan saudara mara. ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah paksa buat loan! Ruangan komen jadi medan luahan anak-anak, buntu dibebani hutang hingga tua... ini pandangan mufti ARTIKEL BERKAITAN: Mak ‘paksa’ beri RM300 sampai sesak setiap bulan... Pemuda dah berhenti kerja sedar sesuatu selepas dapat kad bank ibu “Sentiasa tak cukup duit untuk bayar bil, sentiasa dikejar pengutip hutang selama bertahun-tahun sedangkan jumlahnya kecil je selain ‘sangkut’ sana sini,” imbasnya tentang situasi yang dialami semasa kecil. Menurut gadis itu lagi, ibu bapanya juga tidak pernah berusaha untuk menyimpan duit apabila mendapat keuntungan banyak daripada bisnes yang dilakukan. “Apabila mereka ada sejumlah duit yang besar, mereka tak pernah menyimpan untuk masa akan datang atau beringat untuk bayar hutang. “Mereka lebih rela berjoli, berjalan atau beli kereta-kereta second hand secara cash. Mak dan ayah saya orang berniaga, jadi kadang memang berduit dan kadang-kadang memang kering poket. “Memandangkan mereka dah kian tua dan buat bisnes kecil yang tak serancak dulu, mereka cukup-cukup makan saja agaknya,” tambahnya. Kalau minta salinan lesen memandu tu untuk dijadikan penjamin loan kereta... hati-hatilah. WARGA MAYA Ujar gadis ini, keadaan semasa yang dialami ibunya itu menyebabkan dia dipaksa untuk memberi duit bulanan sebanyak RM500. Tambahan pula, adik lelakinya turut mengalami masalah kewangan sehingga hutang pinjaman MARA yang pernah dibuat mengalami tunggakan sebanyak RM8,000. “Mak saya tengah bising-bising sebab tunggakan adik lelaki tu. “Kalau tak diselesaikan, adik perempuan saya yang sedang ambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) bakal tak boleh meminjam MARA,” katanya. Menerusi luahan itu jua, gadis berkenaan mengajukan soalan kepada warga maya tentang sama ada sememangnya wujud keperluan untuk waris memberikan salinan MyKad dan lesen memandu kepada Perkeso sebagai bukti. Pengurusan kewangan adalah perkara penting. -Gambar hiasan Persoalannya itu kemudian mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya. Rata-ratanya beranggapan ibu bapa wanita terbabit ingin membuat pinjaman untuk membeli kereta dan menjadikan dia sebagai penjamin. “Kalau minta salinan lesen memandu tu untuk jadikan penjamin loan kereta... hati-hatilah, tiba-tiba nama kena black list. “Jangan menjerat diri... cari alasan untuk tidak memberi salinan MyKad, lesen memandu, mungkin nak beli kereta baru atau nak meminjam ah long. “Mesti pinjam ah long yang berlesen tu... pernah kawan saya pinjam ambil MyKad anak dia, akhir sekali anak dia kena bayar daripada RM5,000 jadi RM10,000,” ujar beberapa netizen. Kebanyakan warga maya memberikan cadangan dan tindakan yang boleh dilakukannya. Tidak kurang juga yang berkongsikan pengalaman membuat caruman Perkeso bagi mereka yang bekerja sendiri dan suri rumah. “Saya ada buat caruman perkeso tu untuk saya suri rumah dan suami yang bekerja sendiri. Pakai MyKad je dan rekod atau bukti pekerjaan sendiri tu... caruman boleh buat secara online dan tak perlu waris. “Macam tak betul je tu. Apa kena mengena dengan lesen, Perkeso tak pernah minta lesen. “Saya pencarum Perkeso. Tak perlu apa-apa salinan MyKad apa pun tentang waris, hanya perlu isi di borang maklumat waris sahaja,” ujar beberapa warga maya berkongsi pengalaman. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube