suria

Gadis kongsi kisah di sebalik tiket bas lama, ralat lambat pulang jenguk di hospital... Hanya mampu cium sekujur tubuh kaku abah

Sekeping tiket yang masih disimpan rapi oleh Ain sejak 2016.

WUJUD satu trend di media sosial apabila ramai individu berkongsi foto barangan tertentu yang dianggap 'berharga' kerana tersimpan kenangan masa lalu.

Bagi wanita dikenali sebagai Ain Rasyidah di TikTok, sekeping tiket bas yang dibeli di sebuah stesen bas Dungun, Terengganu pada 18 Februari 2016 masih tersimpan rapi.

Katanya, tiket yang tersimpan dalam beg duitnya itu dibeli bagi perjalanan pulang ke kampung halamannya di Kota Bharu, Kelantan.

"Sejak 2016 saya simpan tiket ni. Selalunya apabila sampai mana-mana tempat, saya terus buang je. Tapi yang ni lain, tiket ni saya beli pada saat akhir. Malam sebelum tu kakak beritahu ayah saya terlibat dengan kemalangan.

Merindui insan yang sudah meninggal dunia merupakan perkara paling menyedihkan. -Gambar hiasan

"Tapi mak dan kakak cakap dalam grup (mesej), ayah okey tak ada apa-apa. Boleh cakap macam biasa. Dia sendiri pandu kereta pergi ke hospital lepas kemalangan.

"Esoknya waktu pergi kelas macam biasa, pukul 12 tengah hari tu saya tengok grup... ayah sudah pakai mesin. Saya terus beritahu pensyarah dan keluar pergi stesen bas. Mujur ada tiket 1.30 tengah hari boleh terus balik," ujarnya.

Sepanjang perjalanan Ain hanya mengalirkan air mata mengenangkan bapanya yang sakit.

Namun emosi Ain terus terganggu apabila dia diberitahu bapanya sudah meninggal dunia ketika dia dalam perjalanan pulang.

ARTIKEL BERKAITAN: Kiub tomyam jadi kenangan, anak bongsu simpan walau tamat tempoh... Terkilan tak sempat rasa air tangan arwah ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman anak tidur sebelah jenazah bapa undang sebak... Pemuda janji tunai permintaan arwah buat surau dalam rumah

"Ketika tu telefon saya dalam mod getaran. Apabila saya angkat, kakak cakap abah dah tak ada... terus berjurai air mata.

"Rasa macam nak jerit, nangis kuat-kuat kemudian nak cakap kat pemandu bas pandu laju-laju sebab masa tu jauh lagi.

"Tapi saya masih fikir waras dan nangis je kat tempat duduk sambil orang lain tengok," katanya.

Imbas Ain, dia bersyukur apabila masih berkesempatan untuk menatap dan mencium arwah bapanya buat kali terakhir sebelum dikebumikan.

Alhamdulillah sekarang dah kenal erti pemergian, cuma saya masih rasa ralat sebab malam tu tak balik terus.

AIN RASYIDAH

Ujarnya, dia mengambil tempoh masa yang lama untuk menerima kenyataan bahawa bapanya sudah tiada lagi di dunia ini.

"Apabila dah sampai tu, saya terus peluk kakak. Masa tu ramai sangat orang. Semua tengah tunggu ambulans balik hantar arwah abah. Saya tengok mak keluar daripada ambulans terus rasa sebak.

"Biasanya akan nampak abah dulu keluar daripada mana-mana kenderaan. Ingat lagi perasaan masa arwah meninggal tu.

"Alhamdulillah sekarang dah kenal erti pemergian, cuma saya masih rasa ralat sebab malam tu tak balik terus. Selalu pikir, kalaulah balik malam tu mesti saya sempat jumpa, bercakap, jaga dan duduk dengan abah," ujarnya lagi.

Hingga kini hantaran tersebut meraih lebih 760,000 jumlah tontonan di TikTok.

Komen netizen pada hantaran dibuat.

Rata-rata warga maya malahirkan rasa simpati dengan apa yang terjadi kepada wanita Ain.

"Nasihat saya kalau dengar ahli keluarga sakit, walaupun tak teruk... kalau boleh secepat mungkin balik. Jangan tunggu esok.

"Sebab ni la takut nak belajar jauh daripada keluarga. Saya nak apabila jadi apa-apa saya orang pertama yang boleh jaga keluarga.

"Trend ni betul-betul mengajar kita semua untuk hargai ibu bapa selagi mereka masih ada," demikian kata netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain