suria

Wanita dikritik pilih kerja tak ikut bidang ijazah, hanya habiskan duit! - “Baik hang tak payah belajar”

Rubi berkongsi foto ketika memasak di dapur.

SIKAP suka memandang rendah dengan pekerjaan hingga mengaitkan tentang tahap pendidikan seseorang seakan sebati dalam diri segelintir masyarakat.

Malah seringkali juga kita dengar sindirian tentang wanita yang akhirnya akan ke dapur juga walaupun belajar tinggi.

Begitulah situasi dihadapi Rubi Hasman apabila dia mengakui pernah dipandang rendah seorang lelaki berusia yang ditemuinya sebelum ini.

"Belajar tinggi tinggi akhirnya duduk dapur juga. Saya pernah jumpa dengan orang yang bagi saya pemikirannya agak kebelakang. Apabila sembang dengan dia, macam-macam yang saya dan suami buat dia rasa tak betul.

Ramai golongan ibu yang mempunyai ijazah kini memilih untuk menjadi suri rumah. -Gambar hiasan

"Apabila dia tahu saya tak bekerja dalam bidang yang saya belajar dulu, katanya baik hang (awak) tak payah belajar. Buat habis duit je. Akhir sekali duduk rumah juga jaga anak," imbasnya menerusi perkongsian di Facebook.

Walaupun terguris dengan kata-kata dilemparkan kepadanya, Rubi memilih untuk menghormati lelaki lebih berusia itu dengan tidak membalas setiap kenyataannya.

Menurut Rubi, menuntut ilmu bertujuan membentuk sahsiah diri dan bukan hanya sebagai sandaran untuk mendapatkan pekerjaan semata-mata.

"Masa tu sebenarnya banyak yang saya nak terangkan (dekat pakcik tu). Tapi saya memilih untuk diam sebab malas nak lawan orang yang lebih banyak 'makan garam' ni.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan ofis bangga ada ijazah, asal ada staf baru masuk sibuk tanya ‘diploma ke degree?’ Siapa yang tak bijak sebenarnya?

ARTIKEL BERKAITAN: Rider terpaksa ‘tayang’ ijazah, diploma Kejuruteraan Pesawat selepas dituduh nak raih simpati kongsi video basah lencun

"Bagi saya, belajar di universiti bukan semata mata untuk dapat kerja. Kita belajar untuk dapatkan ilmu kehidupan, bangunkan diri kita untuk jadi orang yang bagaimana serta membentuk peribadi diri dan pemikiran yang lebih positif.

"Yang paling menarik untuk kita gunakan mendidik diri dan generasi kita nanti. Belajar tinggi-tinggi juga bukan soal untuk dapat duit lebih banyak. Siapa yang lebih kaya dan berharta... bukan," ujarnya.

Bagi Rubi lagi, adalah lebih mulia bagi seorang wanita berpendidikan tinggi apabila golongan ini tidak kisah sekiranya mereka hanya menjadi suri rumah.

Apalah respons dia kalau tahu sekarang saya jadi ejen hartanah.

RUBI

"Orang berilmu ni hantar di mana mana pun boleh bertahan. Dicampak hujung dunia pun pemikiran dia tak sama dengan orang yang kurang ilmu.

"Ada ijazah tapi duduk dapur, itulah wanita yang hebat dan mulia. Belajar tinggi-tinggi masih merendah diri masuk ke dapur untuk keluarga.

"Sudah lama tak jumpa pakcik tu. Apalah respons dia kalau tahu sekarang saya jadi ejen hartanah," katanya lagi.

Komen netizen pada hantaran di Facebook.

Hantaran dibuat wanita ini meraih perhatian netizen yang bersetuju dengan perkongsian Rubi.

Malah mereka turut tertarik dengan foto yang digunakan Rubi bersama luahan tersebut iaitu menunjukkan dia berada di sebuah dapur dengan dekorasi mewah.

"Orang berilmu ni nilai tinggi. Logik pemikiran pun tinggi. Perkongsian yang bagus.

"Setuju, tak kerja dalam bidang yang kita belajar bukan sebab tak mahu tapi kekangan yang menyebabkan kita pilih aliran lebih dekat di hati.

"Mereka tak tahu dapur tu kebanyakan orang berilmu meluahkan idea dengan memasak," ujar beberapa netizen di ruangan komen Facebook.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain