NAFKAH tempat tinggal merupakan salah satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh suami kepada isterinya. Namun sejak kebelakangan ini, kebanyakan lelaki memandang enteng isu tersebut dan gemar menjadikan kekangan kewangan sebagai alasan untuk membawa isteri tinggal di rumah keluarga. Berhadapan situasi sama, wanita ini berkongsikan pengalaman tinggal bersama keluarga mentuanya selepas mendirikan rumah tangga. Pada masa sama, dia turut dijanjikan pekerjaan untuk membantu keluarga mentua dan melepaskan jawatan dengan gaji lumayan. Kebanyakan wanita berharap dapat tinggal di rumah sendiri selepas berkahwin. -Gambar hiasan "Masa ditawarkan duduk sini, aku dijanjikan kerja bantu keluarga dia sahaja... sebab fikir nak dekat dengan suami, aku pun bersetuju. "Tak sangka aku diminta jaga nenek dia sekali," luahnya memulakan cerita. Umpama bekerja sebagai jururawat peribadi, dia bukan sahaja perlu menjaga keperluan nenek suaminya itu malah perlu merawat luka, memandikan sehinggalah menukar lampin. Malah katanya, setiap urusan berkaitan dilakukannya sendiri sehinggalah warga emas tersebut meninggal dunia. "Aku bersangka baik sahaja, sambil aku kerja dan jaga nenek dia aku akan dapat pahala. Tapi sehingga hari ini, aku rasakan yang mereka tidak menghargai aku. ARTIKEL BERKAITAN: Buat semua kerja rumah, tak culas beri nafkah... Isteri tetap anggap suami tak perfect sebab tak pandai masak ARTIKEL BERKAITAN: Suami menangis tak larat tanggung keluarga, geram adik-beradik malas kerja... Isteri pasrah nafkah kerap tertunggak "Sejak perasaan tu wujud, aku selalu nak pindah rumah sehingga terjadi pergaduhan mulut dengan suami," luahnya sayu. Beranggapan perkara tersebut hanya sementara, dia tidak menyangka situasi yang dialami berlarutan hampir 10 tahun. Namun suaminya masih dengan sikap yang sama dan sering memberi alasan apabila diajak pindah keluar dari rumah keluarga. Tambahan pula, suaminya merupakan lelaki 'anak mak' yang tidak dapat membuat keputusan sendiri meskipun sudah lama berkahwin. "Suami aku ni kategori anak mak... aku rasa tertipu dan tak ada peluang untuk bersuara. Aku bersangka baik sahaja... sambil aku kerja dan jaga nenek dia, aku akan dapat pahala. PENGADU "Apabila aku nak pindah, suami suruh aku sendiri yang keluarkan modal deposit rumah sewa... aku tak mampu sebab kerja sekarang pun gaji tak besar mana," tambahnya. Menurut wanita ini lagi, sepanjang tempoh perkahwinan, dia yang terpaksa menanggung diri sendiri kerana suaminya gemar mengungkit. Dia yang tertekan dengan situasi dialami turut meluahkan keinginan untuk bercerai. Luahannya itu mendapat perhatian warga maya dan rata-ratanya bersimpati dengan situasi yang dialami. "Pada pandangan saya, tinggal dengan mentua bukan keputusan yang tepat... jadi pengajarannya sebelum kahwin pastikan diri sendiri memiliki rumah sendiri atau bakal sami ada rumah. Antara reaksi warga maya di ruangan komen. "Kau boleh minta fasakh sebab itu tak jatuh hukum nusyuz... tempat tinggal adalah perkara paling wajib dalam rumah tangga. "Dia duduk dengan mentua boleh tahan 10 tahun? Aku yang duduk empat bulan pun lari balik naik bas tinggal suami... kau tak nak pindah, aku balik rumah mak aku sendiri. "Loser jadi suami tapi tanggungjawab asas nak sediakan tempat tinggal yang selesa untuk anak isteri pun tak lepas," ujar beberapa warga maya. Tidak kurang juga yang beranggapan wanita terbabit dinikahi untuk menjadi 'jururawat' yang menjaga arwah nenek suaminya kerana kos bayaran untuk kerja berkenaan adalah mahal. "Rasanya family in law dengan suami dia nak hire dia sebagai nurse tak bertauliah untuk jaga arwah nenek tu... sebab kalau nurse betul memang mahal. "Suami hang yang patut bersyukur sebab dapat bibik percuma. Pernah hire orang jaga pesakit terlantar, bayar RM2,5000 sebulan. "Isteri bekerja pun kena jadi nurse kat rumah... lelaki dia letak otak kat kepala lutut ke apa sampai langsung tak fikir perasaan isteri," tambah segelintir netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube