suria

Menyesal bagi abang ‘sambung bayar’ kereta, senyap-senyap pergi jual! Adik merana tanggung tunggakan RM10,000

Tunggakan bayaran balik pinjaman bank memberi kesan kepada aliran tunia seseorang. -Gambar hiasan

BERKORBAN dan bersusah payah untuk darah daging sendiri merupakan lumrah hidup berkeluarga.

Namun seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila kebaikan yang diberikan kepada abang kandungnya dibalas dengan penganiayaan.

Tegas wanita itu, hingga kini dia menyesal termakan pujuk rayu agar menyerahkan keretanya kepada si abang yang tidak bertanggungjawab.

Wanita akur menyerahkan kereta kepada abang selepas dipujuk ibunya. -Gambar hiasan

"Masa bujang dulu saya miliki sebuah kereta dan dalam masa yang sama abang kandung merayu nak guna kereta tu untuk keperluan dia mengajar.

"Dia janji akan bayar bulanan (ansuran). Atas pujukan mak, maka saya terpaksa serahkan kereta tu pada abang," jelasnya menerusi grup Tanya Peguam di Facebook.

Sejak daripada itu wanita yang tidak mendedahkan identiti berkenaan mula berdepan pelbagai masalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Akak cantik semangat promosi kereta tapi ramai hilang fokus tengok payudara ‘melimpah’, dikecam jual diri

ARTIKEL BERKAITAN: Abang lupakan kereta idaman, adik jual motor... 2 anak KL cari rezeki di Pantai Timur - “Dulu kerja orang jantan sekarang perah santan”

Dakwanya si abang sudah menjual kereta berkenaan tanpa pengetahuannya sebagai pemilik kenderaan.

"Selang tak lama kemudian dia keluarkan kereta lain yang konon dibeli daripada seorang 'mak datin' dan dia cakap kereta saya sudah dijual.

"Padahal saya tak tandatangan mana-mana agreement (surat perjanjian persetujuan) untuk jual kereta tu. Selepas tu ada orang datang rumah nak tarik kereta walhal abang saya cakap sudah dijual.

Sampai harini dia tak bertegur dengan saya sebab kes ni... geram betul perangai macam tu.

PENGADU

"Kemudian mereka kesan pula nama saya blacklist (disenarai hitam) di bank gara-gara tak bayar kereta sedangkan abang janji dia akan bayar sepanjang dia guna," katanya lagi.

Terkilan dengan apa yang dilakukan abang sulungnya, wanita ini bertanya sekiranya boleh mengambil tindakan perundangan atas penganiayaan terbabit.

"Akhirnya saya terpaksa bersihkan nama di BNM (Bank Negara Malaysia) dengan hutang sebanyak RM10,000 dan along tak mengaku tu salah dia.

"Sampai hari ni dia tak bertegur dengan saya sebab kes ni. Apa yang saya boleh ambil tindakan kepada dia ya. Geram betul perangai macam tu," katanya mengakhiri kisah tersebut.

Komen netizen pada hantaran asal.

Hantaran tersebut ternyata mendapat pelbagai respons netizen di ruangan komen.

Malah, rata-ratanya memberikan pendapat mengenai cara yang sepatutnya dilakukan wanita ini untuk membela nasib diri.

"Ada buat laporan polis tak? Cakap pasal tipu muslihat jual kereta tanpa kebenaran. Cari peguam untuk buat Letter of Demand (LOD).

"Kalau betul nak selesai, kena berkeras (tegas) untuk uruskan hal dalam keluarga guna undang-undang," komen salah seorang netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain