SEORANG wanita yang baru berkahwin terkejut melihat rumah ibu dan bapanya dalam keadaan bersepah setelah pulang dari berbulan madu bersama suami. Dalam luahannya di X, dia mengaku terasa hati dengan sikap ibunya yang seolah-olah tidak mengalu-alukan kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka apabila rumah dibiar bersepah, malah tilam juga tidak dipasang cadar. Menurut wanita itu yang tinggal serumah bersama ibu bapanya, katil tersebut baru dibeli selepas selesai majlis kahwin atas permintaan ibunya. "Penat dengan mak yang tak ada common sense ni. Sedih sebab saya baru je seminggu kahwin. Lepas kahwin terus pergi honeymoon. Balik dari honeymoon i ajak husband tidur dekat rumah parents i satu malam sebelum suami balik Pulau Pinang sebab kami LDR (long distance relationship). "Sampai je rumah saya, rumah bersepah. Lepas tu ada katil kahwin baru je beli. Katil kahwin ni saya tak nak beli pun sebenarnya, beli atas permintaan mak sebab mak bising cakap malu dengan opah sebab bilik pengantin tak ada. Jadinya saya beli lepas majlis. Seorang wanita yang baru berkahwin sedih ibu bapa tidak melayan baik suaminya. -Gambar hiasan "Masa majlis kahwin pun saya sewa homestay untuk tinggal dan majlis pun di dewan sebab saya tak nak sepahkan rumah saya ni. Bila dah beli katil ni, saya harapkan mak akan tolonglah pasangkan cadar atau hias sikit bilik ni kan. Sebab saya tak ada kat rumah," jelasnya. Tambah wanita itu lagi, dia berasa sangat malu dengan suami apabila ibunya sanggup membiarkan rumah mereka bersepah walaupun sudah seminggu majlis perkahwinan berlangsung. Sebelum pulang dari berbulan madu, dia membayangkan ibunya sudah mengemas rumah bagi menyambut menantu pertamanya yang akan bermalam di kediaman mereka. Namun apa yang diharapkan wanita ini sama sekali tidak menjadi kenyataan apabila dia sendiri, seperti kebiasaannya perlu mengemas rumah walau dalam keadaan penat. ARTIKEL BERKAITAN: Mengadu sakit perut malam pertama, pengantin perempuan lahirkan anak sehari selepas nikah ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin menangis tengok muka macam Opera Cina! Geram MUA tolak ‘job’ dekat kawan tanpa persetujuan "Saya balik je rumah, sumpah teruk betul bersepah. Sampah banyak. Mak ayah pula jenis fikir saya balik nanti, saya boleh kemaskan rumah ni. (Selalunya macam tu sebab saya selalu travel, balik rumah mesti bersepah). "Saya malu dengan suami. Kalau saya balik rumah sorang-sorang, saya okay je kalau mak ayah layan macam tu. Tapi kali ni saya balik dengan menantu pertama mereka.... Sikit pun mereka tak nak tolong kemaskan rumah. Biar je sepah. "Sampaikan baju hari kenduri pun ada lagi tak basuh. Saya pergi dobi dengan suami basuh baju semua tu. Cadar pun pasang sendiri," katanya. Berdepan sikap ibunya itu membuatkan dia terasa hati apatah lagi layanan yang diberikan oleh keluarga sebelah suami adalah jauh lebih baik. Memandangkan awak yang kahwin, sepatutnya awak yang kena buat A hingga Z. NETIZEN "Saya tanya juga kenapa mak buat menantu macam ni. Mak cakap masa suruh beli katil saya tak nak beli. Bila dah beli tiba-tiba nak suruh mak pasangkan cadar pula. Bila saya cakap nak tidur hotel, mak bising. "Sudah ada katil, bawa menantu tidur rumah, rumahnya teruk. Sekurang-kurangnya welcoming la sikit menantu balik rumah. Sebelum kami pergi berbulan madu pun, saya tidur rumah mentua satu malam. "Mentua saya beri layanan baik sangat. Sediakan semuanya. Saya faham lain orang lain caranya. Tapi mak ayah saya ni entahlah. Langsung tak ada common sense nak sambut menantu," ujarnya lagi. Hantaran tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi netizen. Komen netizen pada hantaran tular. Ramai yang tidak bersetuju apabila wanita ini mengharapkan ibunya mengemas rumah tanpa ada sebarang komunikasi. "Pendapat saya, awak tak boleh harapkan semua orang akan buat untuk awak. Lagipun ibu bapa kita sudah tua, kadang tu tak larat. "Lepas majlis kan... mestilah famili awak akan lagi penat daripada hari biasa. Awak tak rasa sebab awak dah bergembira pergi berbulan madu. "Memandangkan awak yang kahwin, sepatutnya awak yang kena buat A hingga Z," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube