suria

Gugur kandungan sebab masalah kewangan, suami isteri terduduk rezeki makin sempit - “Benda paling bodoh pernah aku buat”

Ada pasangan sanggup menggugurkan kandungan kerana menghadapi masalah kewangan. -Gambar hiasan

SETIAP manusia sememangnya tidak dapat lari daripada melakukan dosa.

Namun sebagai hamba-Nya, kita wajib untuk bertaubat dan memohon keampunan daripada Yang Maha Esa kerana pintu taubat sentiasa terbuka untuk para pendosa.

Pernah terpalit melakukan dosa besar, seorang wanita berkongsi kisahnya untuk dijadikan teladan dan pengajaran buat orang lain agar tidak melakukan kesilapan sama.

"Hari tu masa anak pertama aku berumur dekat-dekat setahun, aku dapat tahu pregnant lagi. Tapi aku dengan husband memang tak ready nak tambah anak sebab masalah kewangan.

anak 2

Anak adalah kurniaan yang diamanahkan oleh Allah buat setiap ibu bapa. -Gambar hiasan

"Jadi kami buat keputusan untuk gugurkan. Itulah benda paling bodoh pernah aku buat.

"Aku lupa yang setiap anak tu ada rezeki masing-masing," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Buntu hamil anak ketiga, wanita nak serah bayi pada orang... Menyesal kahwin lelaki gaji kecil - “Saya tak faham kenapa rezeki sempit”

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap gugur kandungan luar nikah sejak SPM, wanita diuji selepas kahwin... Zuriat ‘tak lekat’, Tuhan bayar cash!

Menurut wanita berkenaan, selepas menggugurkan kandungan anak kedua, pelbagai masalah timbul seolah-olah ia merupakan 'teguran' terhadap dosa yang pernah dilakukannya itu.

"Memang macam-macam masalah timbul dan terasa betul rezeki makin sempit. Sampai ke tahap aku dengan suami sampai terduduk sebab masalah duit," luahnya.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana cepat tersedar dan masih diberikan peluang untuk bertaubat memohon keampunan daripada-Nya.

Alhamdulillah sedar awal dan bertaubat. Ingat, sentiasa positif dengan Allah walaupun benda tu kita rasa berat.

NETIZEN

"Satu hari tu aku tiba-tiba tergerak untuk solat malam. Aku bangun solat taubat dengan tahajud. Masa tu aku nangis gila-gila minta ampun.

"Time menangis tu aku janji aku takkan kufur nikmat lagi. Aku tak akan buat benda bodoh lagi. Aku janji aku terima setiap yang Allah bagi dan aku berserah pada Dia sepenuhnya.

"Beberapa bulan aku bangun solat tahajud dan taubat, aku dapat tahu aku mengandung lagi. Menangis aku sebab Allah dengar doa aku," tulisnya.

Paling tidak disangka-sangka, wanita itu berkata rezeki dia dan suami datang dalam pelbagai bentuk sejak dia berbadan dua kali ini.

komen anak

Netizen memberikan nasihat dan kata-kata semangat buat wanita berkenaan.

"Sumpah aku memang rasa aku ni cuma makhluk yang hina tapi Allah Maha Baik. Maha Mendengar.

"Doakan baby aku sihat sempurna ya. Moga semuanya lancar sampai aku bersalin," ujarnya lagi dalam luahan yang dikongsikan di akaun @meinmokhtar di laman X.

Menjengah ruangan komen, warga maya turut sebak membaca perkongsian kisah wanita berkenaan malah memanjatkan doa buat dirinya.

"Alhamdulillah sedar awal dan bertaubat. Ingat, sentiasa positif dengan Allah walaupun benda tu kita rasa berat. InsyaAllah ada hikmahnya.

"Saya tak sampai setahun anak pertama, dah lekat nombor dua. Masa tu saya dan suami nangis sebab kitaorang tengah jatuh tak ada duit. Tapi Allah mudahkan. Percayalah rezeki akan datang pelbagai bentuk.

"Allah tau apa yang terbaik untuk awak. Semoga istiqamah," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain