SEBAGAI anak sulung, sudah tentu mereka memikul tanggungjawab yang lebih berat dalam keluarga berbanding adik beradik yang lain. Namun anak pertama dalam keluarga juga perlukan perhatian ibu bapa dan juga bahu untuk bersandar jika berdepan masalah, sama ada kecil atau besar. Jika tiada tempat mengadu, sudah pasti si anak yang mempunyai masalah akan berasa resah seperti mana dialami wanita ini, yang mana kisahnya dikongsikan di laman X. Setiap anak memerlukan perhatian daripada ibu bapa. -Gambar hiasan. "Aku anak pertama. Aku kadang jealous dengan family yang mak ayah dia supportive dekat anak-anak dia," katanya membuka cerita. Menurut wanita ini dia sering berasa dirinya tidak penting dalam keluarga kerana tidak pernah diberikan peluang untuk meluahkan perasaan atau masalah yang dihadapi. Tambahnya lagi, dia bukannya tidak pernah cuba untuk bercerita dengan ibunya, malangnya respons yang diterima sangat menghampakan. "Setiap kali aku nak open up masalah atau cari sesuatu, mak aku mesti macam endah tak endah, seolah macam aku tak penting. Aku dah la tengah down pasal kerja, serabut. "Bila nak cuba bercakap, dia selalu kasi ayat 'tak tahu, tak tahu' macam tak nak melayan dan dengar," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: 8 anak hantar mak ke rumah orang tua, seorang pun tak pergi jenguk! Si ibu tak pernah burukkan zuriat sendiri hingga akhir hayat ARTIKEL BERKAITAN: Ibu sedang sakit, anak tinggalkan nota dan duit depan restoran! Pemilik bungkus nasi, lauk sedekahkan kepada pelanggan Disebabkan apa yang dialami, dia berazam untuk tidak mencontohi sikap dan cara didikan ibunya apabila dia berkahwin serta mempunyai anak kelak. Bagaimanapun, dalam masa yang sama terdetik rasa bersalah dalam diri kerana merasakan dia seolah-olah merendah-rendahkan cara ibu bapanya mendidik anak-anak. "Aku harap aku akan jadi mak yang baik, supportive untuk anak-anak aku. Cuma kadang aku rasa dosa pula berfikiran macam tu sebab macam merendahkan mak aku "Dosa ke kalau aku wish dan doa yang aku akan jadi seorang mak yang lebih baik dari mak aku sekarang min (admin)?" ujarnya, serba salah. Kita tak boleh pilih keluarga kita tapi kita boleh pilih dengan siapa kita nak bercerita. PENGADU Dalam pada itu, dia turut bercerita tentang bapanya yang bersikap sama dengan ibu, membuatkan dia kekok untuk bercerita sebarang masalah. "Aku jarang cakap dengan ayah aku sebab dia selalu balik kerja lambat sampai kadang kekok nak bercerita masalah dengan parents," katanya. Meminta warganet supaya mengambil iktibar daripada kisah hidupnya, dia turut menyarankan agar setiap ibu bapa menjadi pendengar setia terhadap apa sahaja luahan, kisah atau masalah yang diceritakan oleh anak-anak. "Dengar apa yang anak cakap, okay? Ajar untuk cerita apa masalah, tak adalah dia pendam seorang diri dan anda juga boleh jadi kawan baik mereka untuk cerita masalah atau apa saja," dia memberi nasihat. Susulan perkongsian kisah ini, netizen juga terpanggil untuk berkongsikan rasa dan cerita yang hampir sama dengan individu tersebut. "Bila dah tua sikit aku baru faham, mak bapa aku pun kurang bimbingan dari parents diaorang, so secara tak sengaja, mereka pun ikut cara yg sama. Probably the same in your case... mungkin diaorang bukan tak nak, tapi tak tahu cara. "Sama je macam aku anon, aku tak cerita masalah aku dekat mak ayah aku sebab kekok, kebanyakan masalah aku cerita pada adik dan kawan-kawan. "Kita tak boleh pilih keluarga kita tapi kita boleh pilih dengan siapa kita nak bercerita. "Awak la kena caring dengan mak kalau macam tu. Tanya la dia okay ke tak, sihat ke? Kalau mak awak tak care pasal awak takde la awak membesar jadi manusia. Mesti jadi biawak punya," ujar beberapa netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube