SESI persekolahan baru sahaja bermula, namun media sosial sudah dipenuhi dengan pelbagai aksi dan ragam murid sekolah yang mencuit hati. Antara yang mendapat perhatian warga maya adalah video seorang kanak-kanak lelaki berjalan sendirian tanpa rakan sebayanya yang dirakam pada hari pertama persekolahan. Tambahan pula kapsyen pada klip tular yang dimuat naik pada Ahad lalu itu, menyatakan pelajar terbabit tidak mempunyai rakan yang sama-sama belajar dengannya ketika di tadika. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Sayu hati papa... di sekolah baru yang tidak ada kawan-kawan daripada tadika dulu. Pelan-pelan cari,” tulis pemilik akaun yang menggunakan nama Shawn Said. Perkongsiannya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakan turut meluahkan rasa sedih dan sayu. Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman serta memberi kata-kata sokongan pada kanak-kanak terbabit. ARTIKEL BERKAITAN: Bukan main happy bawa bekal, siap pakai seragam sekolah tapi kenapa Aniq Firas menangis? Ibu dedah si bongsu pernah acu pisau sebab ‘no mainan’ ARTIKEL BERKAITAN: Anak relaks masuk sekolah siap jalan seluk poket, risau pula bapanya dah macam tukang kebun - “Lama-lama boleh serap jadi cikgu” “Esok lusa dia jadi ketua geng... percayalah. “Saya sampai sekarang tak ramai kawan bang, sebab saya jenis pendiam. “Adik ni macam saya, daripada sekolah sampai kerja dan dah berkahwin tetap tak ada kawan... sendirian je ke mana-mana pun termasuk ke Mekah. “Anak saya juga macam ni... jangan paksa dia mencari kawan tapi yakinkan dia supaya dia boleh buat apapun walau tanpa kawan. Apa yang penting dia suka untuk ke sekolah dan sentiasa semangat untuk belajar,” ujar beberapa warga maya memberi perangsang. Uwais pernah minta nak bersekolah sekali dengan rakan-rakan tadika dan kawan-kawan di kampung. MD FISOL SAID BAPA Berkongsi cerita dengan mStar, Shawn Said atau MD Fisol Said berkata, anaknya Uwais Rifqi kelihatan berseorangan pada hari pertama persekolahan disebabkan dia bersekolah di lokasi berbeza dengan tadikanya. “Saya berpindah rumah selepas kediaman impian siap dibina baru-baru ini. “Dahulu saya duduk di kawasan taman... kampung halaman pun dekat sebab terletak di belakang taman perumahan tu je. “Jadi Uwais ramai kawan di kampung mahupun tadika sebelum berpindah,” ujarnya yang berasal dari Sungai Petani di Kedah. Uwais bersama rakan sepermainannya di kampung halaman. Meskipun masih berada dalam daerah yang sama, namun anak sulungnya perlu mendaftarkan diri bagi Tahun 1 di sekolah berhampiran kediaman baharu. Disebabkan itu Uwais yang baru berusia tujuh tahun tidak mempunyai rakan di sekolah berbanding murid yang lain. Menurut lelaki berusia 39 tahun ini lagi, situasi yang berlaku itu membuatkan anaknya yang periang berubah sikap kepada kurang ceria. Warga maya memberi kata-kata semangat kepada anaknya. Mengakui sebak melihat keadaan tersebut, dia yang bekerja sendiri berusaha membawa anaknya pulang ke kampung halaman bagi bertemu dan bermain dengan rakan-rakan pada setiap petang. “Sebelum daftar lagi Uwais pernah minta nak bersekolah sekali dengan rakan-rakan tadika dan kawan-kawan di kampung... tapi jauh pula saya nak ulang alik hantar dia. “Tapi setiap petang saya akan balik ke kampung, jadi dia dapat bermain dengan rakan di sana,” ujar bapa kepada dua cahaya mata ini lagi. Meskipun bimbang dengan situasi anaknya, dia yang mesra disapa Shawn yakin sikap anaknya akan kembali ceria semula selepas berjaya mengadaptasi suasana persekolahan di tempat baru. Malah katanya, Uwais adalah seorang yang mesra dan mudan berkawan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube