BAGI kebanyakan wanita, mereka lebih selesa memilih untuk dijaga oleh ibu atau ibu mentua sendiri ketika menjalani tempoh berpantang selepas melahirkan bayi, Namun seiring dengan peredaran masa, sudah banyak perkhidmatan yang menawarkan pakej penjaga pantang atau confinement lady (CL) sekali gus memudahkan para ibu terutama yang berjauhan dengan keluarga dan terpaksa berpantang sendirian. Begitu juga halnya dengan wanita ini yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan penjaga pantang untuk kelahiran keduanya tidak lama lagi, memandangkan dia berjauhan dengan suami dan bakal bersalin menerusi kaedah pembedahan. Bagaimanapun wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu berkata, dia kini berada di dalam dilema gara-gara hasrat tersebut mendapat tentangan daripada ibunya. "Saya ada mak kandung yang boleh dikategorikan sebagai 70 peratus negatif, 30 peratus positif. "Kami suami isteri ada kumpul duit untuk ambil orang jaga saya dalam pantang (CL berdaftar) dan bukan murah ya. Tapi ini sebagai penghargaan kepada saya daripada pihak suami. Ramai yang lebih gemar menggunakan perkhidmatan 'confinement lady' untuk memudahkan urusan berpantang ketika ini. -Gambar hiasan/The Star "Dia kerja luar negeri, jadi mungkin masa berpantang kali ni tak dapat nak cuti lama berbanding anak pertama. "Berbalik kepada cerita saya, mak saya tak bagi saya berpantang di rumah dia. Atas alasan, tak selesa bila ada CL dekat rumah," luahnya. Menurut wanita yang juga mempunyai seorang anak kecil ini, dia sememangnya 'menumpang' di rumah ibunya sejak berjauhan dengan suami. ARTIKEL BERKAITAN: Bayi umur 4 hari, sayu lihat si ibu berpantang dalam kereta buruk... Seorang lagi anak terbaring, demam teruk ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal kahwin ‘kaki game’! Isteri bersalin Czer nekad cerai, suami tak pernah tolong urus anak ketika berpantang "Saya masih menumpang (tapi) bukan free, tiap bulan ada hulur duit makan dan bil-bil elektrik. "Jawapan first dia apabila saya tanya nanti nak upah orang jaga dalam pantang, 'siapa pula tu, makcik mana, datang dari mana... ishh nanti tak selesa ada orang luar masuk. Makan dia nanti siapa nak sedia, kena masak juga ke?' "Ya Allah... panjang benar jawapannya (ibu) tu," luahnya. Tambah wanita tersebut, selain mahu memudahkannya ketika berpantang nanti, tujuan dia menggunakan perkhidmatan penjaga pantang kali ini adalah kerana serik dengan pengalaman pahit ketika melahirkan anak sulungnya sebelum ini. Bincang dengan suami, carilah rumah sewa. Sekurang-kurangnya berjauhan dengan family. Mental dan emosi kena jaga. NETIZEN "CL yang saya ambil ni dari pagi sampai malam boleh kata dia akan urus semua. Makan saya, mandi saya dan mandi baby, basuh baju, kemas bilik, jaga baby dan urut-urut semua tu. "Masih segar di ingatan saya pantang anak sulung... stres tak tahu nak cakap. Makanan saya sejuk tak ada yang tolong panaskan. Baby pun tak ada yang tolong tengokkan apabila nangis. Ini masa suami saya tiada ya. "Tak ambil hati pun... mungkin itu cara untuk ajar saya jadi seorang ibu yang kuat dan berdikari. Tapi hari tu masa pantang memang menusuk kalbu. "Bukan nak fikir pasal anak dia sakit bersalin, tapi lebih fikir pasal CL yang kami nak upah. Rasa nak sewa hotel ja. Tapi itulah, sini kawasan kampung. Ada pun homestay, mahal," luahnya dalam satu grup di laman Facebook. Perkongsian berkenaan mengundang simpati warga maya yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat buat wanita berkenaan. Sebahagian daripada pandangan yang diutarakan netizen. "Bincang dengan suami, keluar dari rumah, carilah rumah sewa. Sekurang-kurangnya berjauhan dengan family. Mental dan emosi kena jaga. "Orang tua ni memang tak selesa orang luar duduk lama rumah dia. Lagi-lagi masuk dapur dia. Kalau ada rumah sendiri, pergilah pindah sana. "Duduk rumah sendiri is better sis. Sewa je lah mana-mana dulu. Saya pun kategori berpantang sendiri. Lebih selesa daripada berpantang dengan mak sendiri atau mentua," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube